KAMPONG ANGGEREK DESA, Tuesday, 20 December 2022 – 30 personnel from No. 2 Wing, Royal Brunei Air Force (RBAirF) conducted an educational visit to the Safety, Health and Environment National Authority (SHENA) in Kampong Anggerek Desa. The visit was organised by the No.2 Wing Occupational Health and Safety (OHS) Committee, led by Major (U) Muhammad Adib bin Muhammad Abidin, Officer Commanding 236 Squadron, No. 2 Wing, RBAirF.
Upon arrival, the delegation was welcomed by Abdul As’Sideq @ Abdullah bin Haji Naim, Corporate Communication Officer II from SHENA.
The visit commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah, COVID-19 Doa, and a group photo session. The delegation was then briefed on the overview of SHENA and some of the divisions under the organisation. The visit concluded with a question and answer session followed by a presentation of a souvenir to the SHENA as a token of appreciation.
This visit aims to enable the No. 2 Wing OHS Committee to enhance their awareness of accident prevention in the workplace, improve their work culture, and learn best practices to ensure safety and health in the workplace. This year SHENA theme is, ”Act together to build a Positive Safety and Health Culture”.


LAWATAN CAWANGAN NO. 2 TUDB KE AUTORITI KEBANGSAAN KESELAMATAN, KESIHATAN DAN ALAM SEKITAR (SHENA)
KAMPONG ANGGEREK DESA, Selasa, 20 Disember 2022 – Seramai 30 anggota daripada Cawangan No. 2, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah membuat lawatan sambil belajar ke Autoriti Kebangsaan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (SHENA), Kampong Anggerek Desa. Lawatan ini telah dikendalikan oleh Jawatankuasa Kesihatan dan Keselamatan Kerja (KKK) Cawangan No. 2 yang diketuai oleh Mejar (U) Muhammad Adib bin Muhammad Abidin, Pegawai Memerintah Skuadron 236, Cawangan No. 2, TUDB.
Rombongan telah disambut oleh Abdul As’Sideq @ Abdullah bin Haji Naim, Pegawai Perhubungan Korporat, Bahagian Perancangan Strategik, SHENA.
Lawatan dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, Doa Mencegah COVID-19 dan bergambar ramai. Rombongan telah diberikan taklimat dan penerangan mengenai dengan organisasi SHENA dan beberapa bahagian di bawah organisasi. Lawatan diakhiri dengan sesi soal jawab dan seterusnya penyampaian cenderahati kepada SHENA sebagai tanda penghargaan.
Lawatan ini bertujuan untuk membolehkan Jawatankuasa KKK Cawangan No. 2 meningkatkan kesedaran mereka tentang pencegahan kemalangan di tempat kerja, meningkatkan budaya kerja yang selamat, dan mempelajari amalan terbaik untuk memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Tema SHENA tahun ini ialah, ”Bertindak bersama untuk membina Budaya Keselamatan dan Kesihatan yang Positif”.
