​

RIMBA AIR FORCE BASE, Thursday, 02 February 2023 – Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji
Ibrahim, the Commander of the Royal Brunei Air Force (RBAirF) received a courtesy call from Captain (Navy) Riaz Akhoune, the Defence Attaché Embassy of French Republic in the Republic of Singapore accredited to Brunei Darussalam today. Also present during the call was His Excellency Bernard Regnauld-Fabre, the Ambassador of French Republic to Brunei Darussalam.

During the call, His Excellency introduced Captain (Navy) Riaz as the new French Defence Attaché of French Republic accredited to Brunei Darussalam. Captain (Navy) Riaz expressed hopes in exploring engagements, areas of cooperation and future bilateral relations between both countries. The Commander of RBAirF expressed his gratitude to His Excellency and Captain (Navy) Riaz for their efforts in strengthening the bilateral relations between both countries.

The call signifies the longstanding relationship between both countries and armed forces as a platform in strengthening bilateral relations and opportunities for future engagements.




PEMERINTAH TUDB MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARI PENASIHAT PERTAHANAN REPUBLIK PERANCIS DI REPUBLIK SINGAPURA YANG DIAKREDITASIKAN KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Khamis, 02 Februari 2023 – Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) menerima kunjungan hormat daripada Captain (Navy) Riaz Akhoune, Penasihat Pertahanan, Kedutaan Republik Perancis di Republik Singapura yang diakreditasikan ke Negara Brunei Darussalam pada hari ini. Turut hadir adalah Tuan Yang Terutama Bernard Regnauld-Fabre, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Perancis ke Negara Brunei Darussalam.

Semasa kunjunan tersebut, Tuan Yang Terutama memperkenalkan Captain (Navy) Riaz selaku Penasihat Pertahanan Republik Perancis yang diakreditasikan ke Negara Brunei Darussalam yang baharu. Captain (Navy) Riaz menyatakan hasrat beliau dalam menerokai peluang penglibatan, kerjasama dan meningkatkan hubungan dua hala di antara kedua-dua negara. Pemerintah TUDB turut menyatakan penghargaan beliau kepada Tuan Yang Terutama Bernard Regnauld-Fabre dan Captain (Navy) Riaz di atas kerjasama yang telah disumbangkan di dalam mengeratkan hubungan dua hala kedua-dua negara.

Kunjungan tersebut menandakan hubungan erat di antara kedua-dua negara sebagai landasan bagi meningkatkan hubungan dua hala di dalam meraih peluang di masa hadapan.