​

RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 03 February 2023 – No. 1 Wing, 51 Squadron and 73 Squadron of Royal Brunei Air Force (RBAirF) participated in a sports interaction activity hosted by No.1563 Flight, Royal Air Force (RAF), United Kingdom today at the Sports Complex, Rimba Air Force Base (Rimba AFB). Also present were aviators and aircrew from the Brunei Helicopter Detachment Team of the Republic of Singapore Air Force (RSAF). In attendance during the sports interaction was Lieutenant Colonel (U) Muhammad Walee bin Haji Roslie, Commanding Officer of No. 1 Wing, Operations Group, RBAirF.

The sports interaction aims to foster cooperation in a friendly competitive environment amongst the participants, allow players to build and harness the spirit of teamwork and respect, and further strengthen the relationship.

RBAirF would like to extend gratitude to No.1563 Flight RAF for organizing the event and look forward to more interactions as such in the future.



TUDB MENYERTAI ACARA SUKAN INTERAKSI BERSAMA NO. 1563 FLIGHT RAF

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Juma’at, 03 Februari 2023 – Cawangan No. 1, Skuadron 51 dan Skuadron 73, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah menyertai acara sukan interaksi yang dikendalikan oleh No. 1563 Flight, Royal Air Force (RAF) United Kingdom pada hari ini di Kompleks Sukan Pangkalan Tentera Udara Rimba. Turut dijemput ialah juruterbang dan anak buah pesawat dari Brunei Helicopter Detachment Team, Tentera Udara Republik Singapura. Hadir bagi acara sukan interaksi tersebut ialah Leftenan Kolonel (U) Muhammad Walee bin Haji Roslie, Pegawai Pemerintah Cawangan No. 1, Kumpulan Gerakan, TUDB.

Acara sukan interaksi ini bertujuan untuk memupuk nilai kerjasama di dalam persekitaran persaingan yang mesra antara unit-unit yang bertanding, dan membolehkan para peserta untuk mengeratkan dan mengukuhkan lagi semangat kerjasama dan berpasukan, dan ianya diharap akan dapat mempertingkatkan lagi hubungan yang sedia ada.

TUDB ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada No.1563 Flight, RAF kerana telah menganjurkan acara tersebut dan berharap acara interaksi sedemikian akan terus diadakan di masa akan datang.