BELAIT, Thursday, 09 March 2023 – 238 Squadron, No. 2 Wing, Operations Group, Royal Brunei Air Force (RBAirF) concluded the five (5) days of Exercise PANTER which was held from 06 to 10 March 2023. The exercise was led by Captain (U) Mohammad Izzat Akmal bin Haji Yaakub, Acting Squadron Operations Officer of 238 Squadron.
A total of 73 personnel participated in the exercise consisting of personnel from 238 Squadron, Signal Squadron, 520 Squadron of No. 2 Wing and assisted by the Royal Brunei Armed Forces Medical and Health Services. During the exercise, Lieutenant Colonel (U) Amierul Halpi bin Talip, Commanding Officer of No. 2 Wing conducted a visit and observe the conduct of Exercise PANTER.
The main objective of the exercise is to conduct confirmation recce and tactical day/night vehicle convoy as part of Air Defence operations. Furthermore, personnel with key appointments had the opportunity to hone their skills in delivering orders and lead their troop or detachment.


CAWANGAN NO. 2 MENGAKHIRI EKSESAIS PANTER
BELAIT, Khamis, 09 Mac 2023 – Skuadron 238, Cawangan No. 2, Kumpulan Gerakan, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah menamatkan Eksesais PANTER selama lima (5) hari dari 6hb hingga 10hb Mac 2023 yang mana telah diketuai oleh Kapten (U) Mohammad Izzat Akmal bin Haji Yaakub, Pemangku Pegawai Gerakan Skuadron.
Seramai 73 orang anggota dari Skuadron 238, Skuadron Signal dan Skuadron 520 dari Cawangan No. 2 terlibat dalam Eksesais PANTER tersebut dan dibantu oleh anggota daripada Markas Khidmat Perubatan dan Kesihatan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Semasa latihan sedang dijalankan, Leftenan Kolonel (U) Amierul Halpi bin Talip, Pegawai Pemerintah, Cawangan No. 2 telah membuat lawatan dan menyaksikan Eksesais PANTER dijalankan.
Objektif utama latihan ini adalah untuk membuat tinjauan pengesahan dan pergerakan konvoi pada waktu pagi/malam secara taktikal bagi operasi Pertahanan Udara. Anggota yang memegang jawatan penting juga diberikan peluang untuk meningkatkan kemahiran dalam penyampaian perintah dan kepimpinan diperingkat terup atau detasmen.

