RIMBA AIR FORCE BASE, Wednesday, 22 March 2023 – Royal Brunei Air Force (RBAirF) commenced the Tadarus Al-Qur’an in conjunction with the Holy Month of Ramadhan 1444H. The religious function was held at Surau Al-Barakah, Rimba Air Force Base (Rimba AFB).
Present at the ceremony was Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Commander of RBAirF. Also present were RBAirF Board of Executive, Senior Officers, Officers, Airmen and Airwomen. The ceremony began with a Tazkirah delivered by Warrant Officer 2 (R) Haji Shaipin bin Haji Abu Bakar followed by a recitation of Surah Al-Fatihah led by the Commander of RBAirF which marked the commencement of the Tadarus Al-Qur’an. The ceremony continued with the recitation of verses from the Al-Qur’an by the congregates.
The Opening of Terawih Prayers and Tadarus Al-Qur’an were followed by the distribution of ‘Kurma Kurnia Peribadi’ from His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, in conjunction with Ramadhan 1444 Hijrah to the Acting Deputy Commander of RBAirF, Commander of Support Group and Commanding Officers. The ceremony concluded with the recitation of Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam led by Imam Muhammad Fathurrahman bin Haji Matali.
Besides enlivening the month of Ramadhan, the ceremony was also intended to instill the spirit of reciting and appreciating Al-Quran among personnel within RBAirF.


TUDB MULAKAN TADARUS AL-QUR’AN BERSEMPENA BULAN RAMADHAN 1444H
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Rabu, 22 Mac 2023 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Majlis Pembukaan Tadarus Al-Qur’an sempena bulan Ramadhan 1444H bertempat di Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba (PTU Rimba).
Hadir di majlis tersebut ialah Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah TUDB. Turut hadir ialah Badan Eksekutif TUDB, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan Anggota TUDB. Majlis dimulakan dengan tazkirah yang disampaikan oleh Pegawai Waran 2 (B) Haji Shaipin bin Haji Abu Bakar. Majlis diteruskan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Pemerintah TUDB yang menandakan bermulanya bacaan tadarus Al-Qur’an dan diikuti dengan bacaan surah dari Al-Qur’an oleh para jemaah yang hadir.
Majlis seterusnya diselajurkan Majlis Pengagihan buah kurma sebagai Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, sempena bulan Ramadhan 1444 Hijrah kepada wakil-wakil dari unit-unit TUDB iaitu terdiri daripada Pemangku Timbalan Pemerintah TUDB, Pegawai Pemerintah Kumpulan Bantu dan Pegawai-pegawai Pemerintah Cawangan. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam yang diketuai oleh Imam Muhammad Fathurrahman bin Haji Matali.
Selain untuk meraikan malam pertama bulan Ramadhan, majlis ini juga bertujuan untuk memartabatkan pembacaan dan penghayatan Al-Qur’an di kalangan anggota TUDB.
