BANDAR SERI BEGAWAN, Wednesday, 05 April 2023 – In conjunction with the holy month of Ramadan, Royal Brunei Air Force (RBAirF) conducted a Cemetery Cleaning Campaign Project at different locations as part of its community outreach programme. The cleaning campaign project was decentralized to four different locations namely, Kianggeh Muslim Cemetery, Jame’ Asr Hassanil Bolkiah Cemetery, Sarai Pimping Muslim Cemetery and Limpaki Muslim Cemetery.
Present during the event at the Kianggeh Muslim Cemetery was Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Commander of RBAirF. Also in attendance at respective locations were RBAirF Senior Officers, Officers, personnel of the RBAirF and family members of the departed.
The event started with a cleaning campaign of the cemetery area and followed by the recital of Surah Yassin, Tahlil and Doa Arwah for the departed personnel of RBAirF.
This project is part of the Community Outreach Programme aimed to enhance the spiritual development and cooperation amongst RBAirF personnel and as well as to encourage to desire the serve and contribute to the society.




TUDB MENGADAKAN PROJEK KEMPEN PEMBERSIHAN PERKUBURAN SEMPENA BULAN SUCI RAMADHAN
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 05 April 2023 – Sempena bulan Ramadan, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah menjalankan salah satu program khidmat masyarakat iaitu Projek Membersihkan Kawasan Tanah Perkuburan di beberapa kawasan-kawasan tanah perkuburan. Projek tersebut dikendalikan secara serentak di empat kawasan tanah perkuburan iaitu Tanah Perkuburan Islam Kianggeh, Tanah Perkuburan Jame’ Asr Hassanil Bolkiah, Tanah Perkuburan Islam Sarai Pimping dan Tanah Perkuburan Limpaki.
Hadir pada acara di Tanah Perkuburan Islam Kianggeh adalah Yang Mulia Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah TUDB. Turut hadir bersama di lokasi yang berlainan adalah Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai, anggota-anggota TUDB dan ahli keluarga anggota TUDB yang telah kembali ke Rahmatullah.
Acara dimulakan dengan kempen kebersihan dikawasan tanah perkuburan dan diteruskan dengan bacaan Surah Yassin, Tahlil dan Doa Arwah bagi anggota TUDB yang telah kembali ke Rahmatullah. Acara diakhiri dengan menyiram air asah-asahan.
Projek yang dikendalikan merupakan sebahagian daripada program khidmat masyarakat yang bertujuan untuk meningkatkan kerohanian dan kerjasama di kalangan anggota serta memupuk semangat untuk menyumbang balik kepada masyarakat.


