
BERAKAS GARRISON, Monday, 03 April 2023 – No. 2 Wing, Royal Brunei Air Force (RBAirF) held a 5-day Professional Drone Operator Course from 3 to 7 April 2023 at Berakas Garisson and Bukit Agok Firing Range for 22 personnel from 233 Squadron, 236 Squadron, 520 Squadron of No. 2 Wing and 77 Squadron of No. 7 Wing, RBAirF.
The 5-day course covered different syllabus and topics for the drone system. These included the introduction of the drone system, hardware setup, unmanned aircraft system flight control and operations, manual flight, and drone maintenance.
A closing ceremony was held on the last day and commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah. The ceremony proceeded with a closing speech from the Guest of Honour, Lieutenant Colonel (U) Amierul Halpi bin Talip, Commanding Officer of No. 2 Wing, RBAirF. Course Certificates were then presented to all participants and a plaque presentation to the drone instructor as a token of appreciation. The course concluded with a group photo session utilizing the new drone system.


KURSUS SISTEM DRON BAGI CAWANGAN NO. 2 TUDB
Berakas Garison, Isnin, 03 April 2023 – Cawangan No. 2, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) mengadakan Kursus Pengendali Dron Profesional selama 5 hari dari 3 hingga 7 April 2023 di Berakas Garison dan Padang Tembak Bukit Agok. Kursus ini dihadiri oleh 22 anggota yang terdiri daripada anggota-anggota dari Skuadron 233, Skuadron 236, Skuadron 520 dari Cawangan No. 2 dan Skuadron 77 dari Cawangan No. 7, TUDB.
Kursus selama 5 hari tersebut merangkumi silibus dan topik yang berbeza untuk system dron yang termasuk pengenalan sistem dron, persediaan perkakasan, kawalan dan operasi penerbangan sistem pesawat tanpa pemandu, penerbangan manual dan penyelenggaraan dron.
Majlis penutup kursus telah diadakan pada hari terakhir dan dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan ucapan penutup daripada Tetamu Kehormat Majlis, Leftenan Kolonel (U) Amierul Halpi bin Talip, Pegawai Pemerintah Cawangan No. 2, TUDB. Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kepada perserta kursus serta penyampaian plak oleh Tetamu Kehormat kepada jurulatih sebagai tanda penghargaan. Majlis penutup kursus diakhiri dengan sesi bergambar berkumpulan menggunakan sistem dron yang baharu.


