​RIMBA AIR FORCE BASE, Thursday, 13
April 2023 –
Badan Kebajikan Kakitangan (BKK) from Air Engineering Unit, Technical Equipment Maintenance Division (AEU TEMD), held
Khatam Al-Quran and
Tahlil at Surau Al-Barakah, Rimba Air Force Base (Rimba AFB) as part of its annual religious activities.

Present as the Guest of Honour was Major (U) Muhammad Ammar Rusyduddin bin Ahmad, Acting Officer Commanding Engineering Support Squadron (ESS), No. 5 Wing. Also in attendance was Pengiran Zahirruddin bin Pengiran Zahari, Acting Head of AEU.

The event commenced with the recitation of
Tahtim, Tahlil and
Doa led by Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin. The event continued with the recital of Zikir by Imam Yazid bin Awang Haji Johari before it was concluded with the handover of
Mimbar chair as
Waqaf from members of AEU and Ground Support Equipment (GSE) by the Guest of Honour to Imam Yazid.


BADAN KEBAJIKAN KAKTINGAN, JABATAN PEMELIHARAAN KELENGKAPAN TEKNIKAL MENGADAKAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Khamis, 13 April 2023 – Badan Kebajikan Kakitangan (BKK)  daripada Unit Kejuruteraan Udara (UKU), Jabatan Pemeliharaan Kelengkapan Teknikal telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Tahlil di Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba (PTU Rimba) sebagai sebahagian daripada aktiviti keugamaan tahunan.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Mejar (U) Muhammad Ammar Rusyduddin bin Ahmad, Pemangku Pegawai Memerintah Skuadron Kejuruteraan Bantu, Cawangan No. 5. Turut hadir ialah Pengiran Zahirruddin bin Pengiran Zahar selaku Pemangku Ketua UKU.

Majlis bermula dengan bacaan Tahtim, Tahlil dan Doa yang diketuai oleh Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin. Majlis diteruskan dengan bacaan Zikir oleh Imam Yazid bin Awang Haji Johari sebelum diakhiri dengan penyerahan Waqaf berupa sebuah kerusi Mimbar daripada anggota UKU dan
Ground Support Equipment (GSE) yang disampaikan oleh Tetamu Kehormat kepada Imam Yazid.