BERAKAS, Saturday, 15 April 2023 –
In enlivening the holy month of Ramadhan, the Royal Brunei Air Force Wives’ Welfare Association (RBAirF BAKTI) held a tahlil and iftar for seventeen (17) RBAirF’s orphans at Rumah Wira Angkasa, the official residence of RBAirF Commander.
Present as the Guest of Honour was Datin Noraidah binti Haji Ibrahim, the spouse of RBAirF Commander as the Head of RBAirF BAKTI. Also present at the event was Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, the Commander of RBAirF, and members of RBAirF BAKTI with families.
The event began with a recitation of Sayiddul Istighfar, Surah Yassin and Tahlil and a presentation of monetary donations and household food essentials from RBAirF and its BAKTI members to the RBAirF’s orphans. The event concluded with Iftar and mass Maghrib prayers.
Held as a yearly tradition, this religious event aimed to inculcate a charitable attitude toward contributing to the welfare of the orphans, strengthen ties with one another, and aid the families in preparing for the upcoming Hari Raya Aidilfitri celebrations.




BAKTI TUDB MENGADAKAN MAJLIS TAHLIL DAN BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK-ANAK YATIM TUDB
BERAKAS, Sabtu, 15 April 2023 – Bagi menyemarakkan bulan Ramadhan, Persatuan Badan Kebajikan Isteri-Isteri Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (BAKTI) Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) (BAKTI TUDB) telah mengadakan Majlis Tahlil dan Berbuka Puasa bersama tujuh belas (17) anak-anak yatim TUDB di Rumah Wira Angkasa, Rumah Kediaman Rasmi Pemerintah TUDB.
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Datin Noraidah binti Haji Ibrahim, isteri kepada Pemerintah TUDB selaku Ketua Cawangan BAKTI TUDB. Turut hadir ialah Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah TUDB serta ahli-ahli BAKTI TUDB bersama keluarga.
Acara dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar, Surah Yassin, Tahlil dan penyampaian sumbangan derma dari ahli-ahli BAKTI TUDB dan anggota TUDB dan barang makanan asasi bagi anak-anak yatim TUDB. Majlis diakhiri dengan berbuka puasa bersama dan sembahyang Maghrib berjemaah.
Diadakan sebagai tradisi tahunan, acara keagamaan ini bertujuan untuk menggalakkan amalan kebajikan dan sifat memupuk sikap pemedulian terhadap kesejahteraan anak-anak yatim, serta mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara satu sama lain. Disamping itu, acara ini diharapkan membantu persiapan keluarga anak-anak yatim untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang.




