Bandar Seri Begawan, Saturday, 29 May 2021 – Preparation for RBAF Diamond Jubilee Celebration starts to gear up since 19 May 2021 and 29 May 2021 marks the final preparation for the event. To enliven the celebration of the anniversary, RBAirF participates in pride march, fly-past, Parachute/Airborne performance, static displays and others. The parade rehearsal began at Padang First Battalion RBLF and proceeded to Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

RBAirF’s involvement for the RBAF Diamond Jubilee celebration consists of 300 personnels for pride march, 24 personnel for static display, 28 personnel for Airborne performance, 48 personnel involves in flypast  and 47 personnel involves in
santap.

The spirit of patriotism and national pride are hope to shown during the RBAF Diamond Jubilee celebration on 31 May 2021. This year’s celebration will create a history whereby His Royal Highness Major (U) Prince Abdul Mateen will be participating and leading the flypast using Blackhawk S70i Helicopter. The theme for this year’s anniversary is “Menjayakan Wawasan Negara”.

 




TUDB GIAT MEMBUAT PERSIAPAN BAGI SAMBUTAN JUBLI INTAN ABDB


Bandar Seri Begawan, Sabtu, 29 Mei 2021 – Persiapan bagi Sambutan Jubli Intan ABDB giat dijalankan bermula 19 Mei 2021 dan 29 Mei 2021 merupakan persiapan terakhir untuk acara tersebut. TUDB turut serta menyemarakkan sambutan tersebut dalam perbarisan lalu, pertunjukkan penerbangan lalu, persembahan terjun payung, pameran statik dan lain-lain. Latihan perbarisan bermula di Padang Kawad 1Bn TDDB dan kemudian diikuti di Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.


Penglibatan TUDB bagi sambutan tersebut terdiri daripada 300 anggota kawad, 24 anggota bagi pameran statik, 28 anggota bagi persembahan terjun payung, 48 anggota bagi pertunjukkan penerbangan lalu dan 47 anggota bagi acara santap.


Semangat patriotisme serta kesungguhan anggota-anggota dalam persiapan ini diharap akan dapat memberikan yang terbaik pada Sambutan Jubli Intan ABDB pada 31 Mei 2021 nanti. Sambutan Jubli Intan ABDB pada tahun ini juga akan menjadi satu sambutan yang bermakna dimana pada pertama kalinya Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Mejar (U) Pengiran Muda ‘Abdul Mateen ibni Kebawah Duli akan ikut serta dan mengikut serta dalam pertunjukkan penerbangan lalu menggunakan pesawat helikopter Blackhawk S70i. Tema bagi Sambutan Jubli Intan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei pada tahun ini ialah ‘Menjayakan Wawasan Negara’.