​Rimba Air Force Base, Sunday 30 May 2021 – RBAirF this evening held Doa Kesyukuran
 Ceremony
in conjunction with the RBAF Diamond Jubilee anniversary. The Ceremony was held at Surau Al-Barakah, Rimba Air Force Base.

Present at the event was Colonel (U) Hismawadi bin Hj Mohd Said, Commander of Operations Group. Also in attendance were RBAirF’s Senior Officers, Officers and Airmen.

The event commenced with the recitation of Surah Al-Anfal, verse 60-63 by Private (U) Muhammad Hafiiz bin Sahari and followed by mass
Maghrib prayer led by Warrant Officer Shaipin bin Haji Abu Bakar. The event continued with mass Sunat Hajat Prayer, recitation of Surah Yassin and Tahlil,
Doa Kesyukuran and concluded with mass Isya prayer.  

The event is conducted at all mosques and suraus in the country simultaneously to seek continuous blessings from Allah SWT for the success of the organisation in defending the national sovereignty, territorial integrity and upholding the constitution and the Malay Islamic Monarchy Philosophy.




MAJLS DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN JUBLI INTAN ABDB



Pangkalan Tentera Udara Rimba, Ahad, 30 Mei 2021 – TUDB telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Sambutan Jubli Intan ABDB bertempat di Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba.

Hadir di acara tersebut ialah Kolonel (U) Hismawadi bin Haji Mohd Said, Pemerintah Kumpulan Gerakan. Turut hadir adalah Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan anggota TUDB.

Acara dimulakan bacaan ayat suci Al-Quran, Surah Al-Anfal ayat 60 hingga 63 yang dibacakan oleh Soldadu (U) Muhammad Hafiiz bin Sahari dan sembahyang Maghrib berjemaah yang dimamkan oleh Pegawai Waran 2 Shaipin bin Haji Abu bakar. Acara diteruskan dengan sembahyang Sunat Hajat, bacaan Surah Yassin dan Tahlil, Doa Kesyukuran dan diakhir dengan sembahyang Isya berjemaah.

Doa kesyukuran pada tahun ini diadakan serentak di semua masjid dan surau seluruh negara dengan bertujuan untuk sentiasa memohon keberkatan daripada Allah SWT agar sentiasa dikurniakan kejayaan dalam memikul misi ABDB iaitu mempertahankan kedaulatan negara, integriti wilayah dan menegakkan perlembagaan dan Falsafah Melayu Islam Beraja.