Rimba Air Force Base, Tuesday, 1 June 2021 – Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Commander of the Royal Brunei Air Force, received a Courtesy Call from Mr. Michael Janser, International Business Development Executive from Insitu Inc. today at the Royal Brunei Air Force Headquarters. Also, in attendance during the call from Insitu Inc. was Mr. Timothy Brown, currently the Project Manager for Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Integrator Unmanned Aerial System (UAS).


PEMERINTAH TUDB MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARI INSITU INC.
Pangkalan Tentera Udara Rimba, Selasa, 1 Jun 2021 – Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei telah menerima Kunjungan Hormat daripada syarikat Insitu Inc. iaitu Mr. Michael Janser,
International Business Development Executive. Turut hadir semasa Kunjungan Hormat itu adalah Mr. Timothy Brown selaku Pengurus Projek
Integrator Unmanned Aerial System (UAS) bagi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).
Semasa sesi Kunjungan Hormat tersebut, Mr. Micahel Janser menyampaikan bagi pihak Ketua Pegawai Eksekutif Insitu Inc., ucapan tahniah kepada ABDB atas Sambutan Hari Ulang Tahun yang Ke-60. Dengan perolehan
Integrator UAS daripada Syarikat Insitu Inc., kedua belah pihak bersetuju melalui perolehan baharu ini akan memulakan Kerjasama baru diantara kedua belah pihak. Kesaling Hubungan antara kedua belah pihak ini akan merangkumi pensejajaran projek
UAS secara menyeluruh dan memberi sokongan yang perlu untuk menentukan keupayaan yang dimaksudkan oleh ABDB tercapai.