Rimba Air Force Base, Friday, 02 July 2021 – RBAirF held a promotion ceremony for Senior Non-Commissioned Officers (SNCOs) at Dewan Punai, Rimba Air Force Base.
Present as the Guest Of Honour was Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Commander of RBAirF. Also present during the ceremony was RBAirF Board of Executives, Senior Officers, Officers, Airmen and family members.
A total of 28 personnel had been promoted, consisted of 09 personnel promoted to Acting Warrant Officer 1, 07 personnel promoted to Acting Warrant Officer 2 and 12 personnel promoted to Acting Staff Sergeant.
The ceremony commenced with the recital of Surah Al-Fatihah led by Ustaz Said bin Haji Yakop, RBAirF Religious Teacher, followed by the presentation of insignias by the Guest Of Honour and the recitation of Doa Selamat. The ceremony then concluded with a group photo session.


MAJLIS KENAIKAN PANGKAT BAGI PTB KANAN TUDB
Pangkalan Tentera Udara Rimba, Jumaat, 02 Julai 2021 – TUDB telah mengadakan Majlis Kenaikan Pangkat bagi Pegawai Tidak Bertauliah (PTB) Kanan TUDB di Dewan Punai, Pangkalan Tentera Udara Rimba.
Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis ialah Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah TUDB. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Badan Eksekutif TUDB, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai, anggota TUDB dan ahli keluarga.
Seramai 28 anggota TUDB telah dinaikkan pangkat, terdiri dari 09 anggota dinaikkan pangkat ke Pemangku Pegawai Waran 1, 07 anggota dinaikkan pangkat ke Pemangku Pegawai Waran 2 dan 12 anggota dinaikkan pangkat ke Pemangku Staf Sarjan.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diketuai oleh Ustaz Said bin Haji Yakop, Guru Ugama TUDB, diikuti dengan sesi penyampaian pangkat oleh Tetamu Kehormat dan bacaan doa selamat. Majlis seterusnya diakhiri dengan sesi bergambar ramai.