ROYAL BRUNEI AIR FORCE HEADQUARTERS, Wednesday, 09 September 2026 –
Brigadier General (Udara) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Commander of the Royal
Brunei Air Force (RBAirF), attended the 23rd ASEAN Air Chiefs Conference (23 RD AACC),
hosted virtually by the Philippine Air Force under the theme “Forging Interoperable and
Integrated ASEAN Air Forces: Unified Action for Regional Stability.” The Conference
adopted the ASEAN Air Force Interoperability Framework as a non-binding framework,
with the ASEAN Air Force Education and Training (AAFET) Interoperability Guidelines
serving as its initial implementing mechanism under the Education and Training pillar.
RBAirF reaffirmed its commitment to strengthening ASEAN air force interoperability
through greater education, training, exercises and practical cooperation, with emphasis on
Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR) and Non-Combatant Evacuation
Operations (NEO).

The Commander of RBAirF through his remarks highlighted that interoperability goes
beyond platforms and capabilities, relying instead on trust, common understanding and the
seamless integration of people, procedures, communications, logistics and decision-
making processes. He further highlighted the importance of developing interoperability
before a crisis occurs through sustained professional engagement, progressive exercises
and the sharing of lessons learned. In this regard, ASEAN’s strength lies not in uniformity
but in its ability to connect diverse capabilities towards a common purpose.
The conference concluded with the formal handover of the AACC Chairmanship from the
Philippine Air Force (PAF) to the Royal Malaysian Air Force (RMAF) as the next host for
the 24th ASEAN Air Chiefs Conference in 2027. The transition underscores the enduring
commitment and close cooperation among ASEAN air forces in promoting regional peace,
security and stability

PEMERINTAH TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI MENGHADIRI PERSIDANGAN
THE 23 rd ASEAN AIR CHIEFS CONFERENCE


MARKAS TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI, Rabu, 09 September 2026 – Brigedier
Jeneral (Udara) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Pemerintah Tentera Udara Diraja
Brunei (TUDB) telah menghadiri Persidangan The 23 rd ASEAN Air Chiefs Conference (23rd
AACC) yang dihoskan secara maya oleh Tentera Udara Republik Filipina (TURF) dengan
tema “Forging Interoperable and Integrated ASEAN Air Forces: Unified Action for Regional
Stability.” Persidangan tersebut menggunakan ASEAN Air Force Interoperability
Framework sebagai satu rangka kerja non-binding dengan ASEAN Air Force Education
and Training (AAFET) Interoperability Guidelines sebagai mekanisme pelaksanaan awal di
bawah tonggak Pendidikan dan Latihan. TUDB menegaskan semula komitmen dalam
memperkukuhkan interoperabiliti diantara Tentera Udara ASEAN melalui peningkatan
dalam bidang pendidikan, latihan, latihan bersama serta kerjasama praktikal, dengan
memberi penekanan kepada Bantuan Kemanusiaan dan Bantuan Bencana (HADR) serta
Operasi Evakuasi Awam (NEO).


Dalam ucapan Pemerintah TUDB, penekanan interoperabiliti adalah melangkaui aspek
platform dan keupayaan, sebaliknya bergantung kepada kepercayaan, kefahaman
bersama serta integrasi yang lancar dalam kalangan anggota, prosedur, komunikasi,
logistik dan proses membuat keputusan. Pemerintah TUDB juga menekankan kepentingan
membangunkan interoperabiliti sebelum berlakunya sesuatu krisis melalui penglibatan
profesional yang berterusan, pelaksanaan latihan secara berperingkat serta perkongsian
pengajaran. Dalam hal ini, kekuatan ASEAN bukanlah terletak pada keseragaman, tetapi
pada kemampuan untuk menghubungkan pelbagai keupayaan ke arah matlamat yang
sama.
Persidangan tersebut diakhiri dengan penyerahan rasmi Pengerusi AACC daripada TURF
kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang akan menjadi tuan rumah seterusnya