RIMBA AIR FORCE BASE, WEDNESDAY, 09 SEPTEMBER 2026 – No. 4 Wing, Support Group, Royal Brunei Air Force (RBAirF) held a Doa Kesyukuran ceremony in conjunction with its 11th Anniversary at Surau Al-Barakah, Rimba Air Force Base. In attendance as the Guest of Honour was Major (Udara) Muhamad Firdaus bin Haji Muhd Yusof, Commanding Officer No. 4 Wing. The ceremony was also attended by officers, Senior Non-Commissioned Officers and Junior Non-Commissioned Officers of No. 4 Wing.

The ceremony commenced with the recitation of Tahlil and Doa Kesyukuran, followed by the congregational Asar prayer. The event was held as an expression of gratitude to Allah Subhanahu Wa Ta’ala for the journey, progress and achievements of No. 4 Wing throughout its 11 years of establishment, while seeking His continued blessings, protection and guidance for all personnel in carrying out their entrusted duties and responsibilities.

No. 4 Wing remains committed to continuously strengthen its capabilities, operational readiness and quality of support services to ensure the effective execution of its duties and responsibilities, in support of the RBAirF’s operational requirements and mission.

MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA HARI ULANG TAHUN CAWANGAN NO.4, KUMPULAN BANTU YANG KE-11 TAHUN

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, RABU, 09 September 2026 – Cawangan No. 4, Kumpulan Bantu, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Ulang Tahun Penubuhannya yang Ke-11 bertempat di Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba. Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Mejar (Udara) Muhamad Firdaus bin Haji Muhd Yusof, Pegawai Pemerintah Cawangan No. 4. Majlis tersebut turut dihadiri oleh para pegawai, PTB Kanan dan PTB Rendah Cawangan No. 4.

Majlis dimulakan dengan bacaan Tahlil dan Doa Kesyukuran, diikuti dengan Sembahyang Fardhu Asar berjemaah. Majlis tersebut diadakan sebagai tanda kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala atas segala perjalanan, perkembangan dan pencapaian Cawangan No. 4 sepanjang 11 tahun penubuhannya, di samping memohon keberkatan, perlindungan serta petunjuk yang berterusan bagi seluruh warga Cawangan No. 4 dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Dalam memperingati Ulang Tahun Penubuhannya yang Ke-11, Cawangan No. 4 akan kekal komited untuk terus memperkukuhkan keupayaan, kesiapsiagaan operasi serta kualiti perkhidmatan bagi memastikan pelaksanaan tugas dan tanggungjawab dapat dilaksanakan dengan berkesan, selaras dengan keperluan operasi dan misi TUDB.