PANTAI MENTIRI, Saturday, 19 September 2026 – As part of its landmark 60th Anniversary celebrations, the Royal Brunei Air Force (RBAirF) successfully hosted the prestigious Piala Seri Angkasa 2026 Golf Tournament at the Pantai Mentiri Golf Club today.

The Guest of Honour for the event was Yang Mulia Brigadier General (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Commander of the RBAirF, who competed alongside former RBAirF Commanders, as well as both retired and serving officers and personnel.

Signaling a historic revival, this year’s tournament marked the highly anticipated return of the Piala Seri Angkasa Trophy for the first time since 2018. The tournament brought together past and present generations of the Air Force, featuring a spirited competition between the Retired RBAirF Officers and Personnel Team and the In-Service RBAirF Officers and Personnel Team.

Beyond the greens, the event served as a meaningful platform for retired and active personnel to reconnect, rekindle old friendships, and reinforce the enduring camaraderie forged through their shared service to the RBAirF. The inclusive nature of the event was further highlighted by the participation of RBAirF spouses, reflecting their continuous support and vital role within the wider military community.

In a thrilling conclusion, the Retired RBAirF Team successfully defended their legacy from the 2018 edition, once again emerging as champions with a combined nett score of 1,071. The In-Service RBAirF Team finished closely behind with a commendable nett score of 1,082.

The celebratory event concluded with a vibrant prize presentation and lucky draw segments. Representatives from both competing teams delivered remarks, expressing their profound gratitude to the sponsors and the organizing committee whose dedicated efforts ensured the successful and memorable return of the Piala Seri Angkasa.

KEJOHANAN GOLF PIALA SERI ANGKASA 2026 SEMPENA SAMBUTAN JUBLI INTAN TUDB

PANTAI MENTIRI, Sabtu, 19 September 2026 – Sempena Sambutan Jubli Intan (Hari Ulang Tahun Ke-60) Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), TUDB telah berjaya menganjurkan Kejohanan Golf Piala Seri Angkasa 2026 yang berprestij bertempat di Kelab Golf Pantai Mentiri, hari ini.

Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi menyertai kejohanan tersebut ialah Yang Mulia Brigedier Jeneral (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Pemerintah TUDB. Turut serta bersaing ialah Mantan-mantan Pemerintah TUDB, serta Pegawai-pegawai dan anggota sama ada yang telah bersara mahupun yang masih berkhidmat.

Menandakan kembalinya tradisi bersejarah, kejohanan tahun ini menyaksikan kepulangan trofi Piala Seri Angkasa yang amat dinantikan buat julung kalinya sejak kali terakhir dipertandingkan pada tahun 2018. Kejohanan ini menghimpunkan generasi lama dan baharu Tentera Udara melalui persaingan sengit antara Pasukan Pegawai dan Anggota Bersara TUDB menentang Pasukan Pegawai dan Anggota yang Masih Berkhidmat.

Di samping aspek pertandingan, landasan ini memberi peluang bermakna bagi seluruh warga persara dan anggota aktif untuk beramah mesra, memperbaharui jalinan silaturahim, serta memperkukuh semangat setiakawan (camaraderie) yang telah lama terbina sepanjang perkhidmatan di TUDB. Kehadiran pasangan anggota TUDB turut menyerikan lagi acara, sekali gus mencerminkan sokongan berterusan dan penglibatan aktif mereka dalam komuniti besar TUDB.

Dalam persaingan yang mendebarkan, Pasukan Bersara TUDB berjaya mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka pada edisi 2018, dengan sekali lagi muncul sebagai Johan setelah mencatatkan nett sebanyak 1,071. Sementara itu, Pasukan yang Masih Berkhidmat menamatkan saingan di tempat kedua dengan kutipan nett sebanyak 1,082.

Majlis penuh kemeriahan itu disusuli dengan penyampaian hadiah dan cabutan bertuah sebagai penghargaan kepada para peserta. Acara diakhiri dengan ucapan daripada wakil kedua-dua belah pasukan yang menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penaja dan jawatankuasa penganjur atas sokongan dan usaha gigih dalam memastikan kembalinya tradisi pertandingan Piala Seri Angkasa ini berjalan dengan jayanya.