BANDAR SERI BEGAWAN, Wednesday, 21 September 2026 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) successfully hosted the Senior Warrant Officer Exchange Programme 2026 (SWEP 2026) with the Republic of Singapore Air Force (RSAF), spanning from 16 to 19 September 2026.

The bilateral initiative aimed to augment cooperation, mutual understanding, and professional ties between both service branches through various confidence-building measures. This strategic interaction afforded Senior Warrant Officers from both Air Forces invaluable opportunities to enrich their professional networks, foster lasting friendships, and exchange operational insights.

Warrant Officer 1 (Udara) Pengiran Hj Redzaini bin Hj Ahmad, the RBAirF Air Force Sergeant Major (AFSM), warmly welcomed the RSAF delegation, which was led by ME6 Ng See Lye, Command Chief of the RSAF. As a cornerstone of the itinerary, the RSAF delegation paid a courtesy call to the Commander Support Group at the Support Group Headquarters, Rimba Air Force Base.

Furthermore, the itinerary featured comprehensive capability briefings and familiarisation visits showcasing the RBAirF’s premier assets, including the C295MW transport aircraft, S-70i Black Hawk helicopters, Unmanned Aerial Systems (UAS), Parachute Airborne Tactical Delivery Unit (PATDU) ground training facilities, as well as Base and Air Defence assets. Transcending professional spheres, the delegation also embarked on a scenic river cruise and toured the Royal Regalia Museum, fostering a deeper appreciation for the rich heritage and local culture of Brunei Darussalam.

Conducted biennially and hosted alternately, the SWEP stands as a pivotal framework that reinforces professional relationships while cementing the longstanding camaraderie and robust cooperation shared between the two Air Forces.

PROGRAM PERTUKARAN PEGAWAI WARAN KANAN 2026 DI ANTARA TUDB DAN TURS

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 19 September 2026 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah berjaya mengendalikan Program Pertukaran Pegawai Waran Kanan 2026 (Senior Warrant Officer Exchange Programme 2026 (SWEP 2026) bersama Tentera Udara Republik Singapura (TURS) yang berlangsung dari 16 hingga 19 September 2026.

Inisiatif dua hala tersebut bertujuan untuk meningkatkan kerjasama, persefahaman bersama, dan hubungan profesional di antara kedua-dua Tentera Udara melalui pelbagai langkah pembinaan keyakinan. Interaksi strategik ini memberikan peluang yang amat berharga kepada Pegawai Waran Kanan dari kedua-dua Tentera Udara untuk memperkukuh rangkaian profesional, memupuk ikatan persahabatan yang berkekalan, serta bertukar-tukar pandangan mengenai operasi.

Pegawai Waran 1 (Udara) Pengiran Hj Redzaini bin Hj Ahmad, Sarjan Mejar TUDB (SMTU), telah mengalu-alukan kedatangan delegasi TURS yang diketuai oleh ME6 Ng See Lye, Command Chief TURS. Sebagai agenda utama dalam atur cara tersebut, delegasi TURS telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pemerintah Kumpulan Bantu di Markas Kumpulan Bantu, Pangkalan Tentera Udara Rimba.

Seterusnya, atur cara tersebut turut merangkumi taklimat keupayaan yang komprehensif dan lawatan suai kenal bagi menyaksikan aset-aset utama TUDB, termasuk pesawat angkut C295MW, helikopter S-70i Black Hawk, Unmanned Aerial Systems (UAS), kemudahan latihan Unit Payung Terjun Pembekal Udara Taktikal (UPTPUT), serta aset-aset Pertahanan Pangkalan dan Udara. Selain daripada agenda rasmi profesional, delegasi berkenaan juga berkesempatan menyertai aktiviti menyusuri sungai dan melawat Muzium Alat Kebesaran Diraja, sekali gus memberikan peluang untuk menghayati dengan lebih mendalam warisan sejarah yang kaya serta budaya tempatan Negara Brunei Darussalam.

Program SWEP yang dikendalikan secara dwi-tahunan dan dihoskan secara bergilir-gilir ini menjadi satu rangka kerja penting yang mengukuhkan hubungan profesional, di samping meningkatkan lagi semangat setia kawan yang sekian lama terjalin serta kerjasama erat di antara kedua-dua Tentera Udara.