RIMBA AIR FORCE BASE, Thursday, 05 November 2026 – Brigadier General (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Commander of the Royal Brunei Air Force (RBAirF), received a farewell call from His Excellency Janbaz Khan, High Commissioner of the Islamic Republic of Pakistan to Brunei Darussalam, ahead of the conclusion of His Excellency’s diplomatic tenure on 07 November 2026.
During the farewell call, the Commander of the RBAirF expressed his appreciation for His Excellency’s contributions toward enhancing bilateral ties and advancing defense engagements between the two nations. Both sides reaffirmed the mutual value of sustained cooperation in professional military education, specialized training, and professional exchanges.
The Commander of the RBAirF extended his warmest wishes to His Excellency and his family for their future endeavors, emphasizing the shared hope for the continued growth of close defense relations between Brunei Darussalam and Pakistan.

PEMERINTAH TUDB MENERIMA KUNJUNGAN PERPISAHAN DARIPADA PESURUHJAYA TINGGI PAKISTAN
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Khamis, 05 November 2026 – Brigedier Jeneral (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), telah menerima kunjungan perpisahan daripada Tuan Yang Terutama Janbaz Khan, Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Negara Brunei Darussalam, menjelang tamatnya tempoh perkhidmatan diplomatik Tuan Yang Terutama pada 07 November 2026.
Semasa kunjungan perpisahan tersebut, Pemerintah TUDB menyatakan penghargaan beliau atas sumbangan Tuan Yang Terutama dalam memperkukuh hubungan dua hala serta memajukan penglibatan pertahanan antara kedua-dua buah negara. Kedua-dua pihak menegaskan kembali nilai kebersamaan dalam meneruskan kerjasama bagi pendidikan ketenteraan profesional, latihan kepakaran, dan pertukaran profesional.
Pemerintah TUDB turut menyampaikan ucapan selamat maju jaya kepada Tuan Yang Terutama dan keluarga bagi usaha-usaha mereka di masa hadapan, di samping menekankan harapan bersama agar hubungan pertahanan yang erat antara Negara Brunei Darussalam dan Pakistan akan terus berkembang.
