RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 16 June 2023 – Two pilots, Captain (U) Mohamad Khairuddin bin Mohamad Ali and Captain (U) Pengiran Muhammad Izzat bin Pengiran Sufri, successfully completed their CN235-110M conversion course at 15 Squadron, No. 1 Wing, Royal Brunei Air Force (RBAirF). On 15 June 2023, they concluded their training by completing their final sortie of the course, signifying their achievement. As a customary tradition within the flying squadrons, pilots who reach significant milestones or complete courses are honoured with a celebratory hose down from their Commanding Officer (CO), Officer-In-Command (OC), and flying instructors. The celebratory hose down serves as a congratulatory gesture to acknowledge their accomplishment.

The conversion course comprises General Flying (GF) and Instrument Flying (IF) phases. These flying exercises cover a wide range of skills, including both basic and advanced flying. They learned everything from starting the aircraft and taxiing to confidently handling the aircraft in various situations, including emergency scenarios. The course also includes practising flying circuits and mastering Instrument Flight Rules (IFR) procedures, ensuring they are well-prepared for real-world flying scenarios.

Upon successful completion of the course, the pilots will be bestowed with the Flying Categorisation of a Limited Combat Ready (LCR) Co-Pilots, marking their readiness for future CN235-110M operations within the RBAirF. This achievement signifies their competence and preparedness to take on crucial roles in the upcoming missions and deployments involving the aircraft.


JURUTERBANG SKUADRON 15 TAMAT MENJALANKAN KURSUS CONVERSION BAGI CN235-110M

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Juma’at, 16 Jun 2023 – Dua orang juruterbang, Kapten (U) Mohamad Khairuddin bin Mohamad Ali dan Kapten (U) Pengiran Muhammad Izzat bin Pengiran Sufri, berjaya menamatkan kursus conversion CN235-110M mereka di Skuadron 15, Cawangan No. 1, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB). Pada 15 Jun 2023, mereka mengakhiri latihan mereka dengan menyelesaikan penerbangan terakhir kursus tersebut, menandakan pencapaian mereka. Sebagai tradisi yang diamalkan dalam skuadron penerbangan, juruterbang yang mencapai pencapaian penting atau menamatkan kursus akan diraikan dengan penyiraman air oleh Pegawai Pemerintah, Pegawai Memerintah dan jurulatih mereka. Penyiraman air ini adalah sebagai ungkapan ucapan tahniah untuk mengiktiraf kejayaan mereka.

Kursus conversion ini terdiri daripada fasa General Flying (GF) dan Instrument Flying (IF). Latihan penerbangan ini meliputi pelbagai kemahiran, termasuk penerbangan asas dan lanjutan. Mereka mempelajari segala-galanya, dari starting pesawat dan mengendalikan taxi, hingga mengendalikan pesawat dengan yakin dalam pelbagai situasi, termasuk skenario kecemasan. Kursus ini juga melibatkan latihan penerbangan dalam circuits dan menguasai prosedur Instrument Flight Rules (IFR) bagi memastikan mereka bersedia dengan baik untuk skenario penerbangan sebenar.

Setelah berjaya menamatkan kursus, para juruterbang akan dianugerahkan Flying Categorisation sebagai Limited Combat Ready (LCR) Co-Pilot, menandakan kesiapan mereka untuk operasi masa depan CN235-110M di dalam TUDB. Kejayaan ini melambangkan kecekapan dan kesiapan mereka untuk menjalankan peranan penting dalam misi dan deployments yang akan datang yang melibatkan pesawat tersebut.