RIMBA AIR FORCE BASE, Thursday,15th Jun 2023 – The Korban, Aqiqah and Kelahiran Workshop for military and civilian personnel of the Royal Brunei Air Force (RBAirF) organised by the Religious Directorate of Royal Brunei Armed Forces (JAMA’AT) held from 12th June 2023 to 16th June 2023 at Rimba Air Force Base (Rimba AFB).

A total of 5 military personnel has attended the Workshop for 04 days by Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin, Religious Teacher of the RBAirF.

Among the aims of this workshop is to provide exposure and understanding to the participants about the Korban and Aqiqah as it is a significant part of the Islamic celebration of Eid Al-Adha. Participants also taught that in Islam, each stage of the sacrifice has meaning both spiritually and scientifically. They also taken to visit the PDS abattoir Sdn Bhd Kg Batang Mitus, Tutong, to witnessed the slaughtering demonstration themselves, cutting processes, packaging and at the end of the visit they were taken to the livestock farm and a group picture. The purpose of this workshop is to prepare the participants for the upcoming festival Eid Al-Adha physically dan spiritually.

The workshop concluded by the Closing Ceremony event and the presentation of course completion certificates by Ustaz Pg Fakhrul Syakirin bin Pg Hj Zainuddin, Air Force Religious Teacher. The event ended with the closing doa.




BENGKEL  KORBAN, AQIQAH DAN KELAHIRAN 2023 BAGI ANGGOTA-ANGGOTA TUDB

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Khamis, 15hb Jun 2023 - Bengkel korban, aqiqah dan kelahiran bagi anggota-anggota tentera dan awam Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) anjuran Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA’AT) telah sempurna dilaksanakan bermula 12hb Jun 2023 hingga 15hb Jun2023 bertempat Pangkalan Tentera Udara Rimba (PTU Rimba).

Seramai 5 anggota tentera telah mengikuti bengkel tersebut selama 04 hari yang dikendalikan oleh Yang Mulia Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin, Guru Ugama TUDB.

Antara pengisian di dalam bengkel tersebut adalah untuk memberikan pengetahuan dan kefahaman mengenai ibadat korban, aqiqah dan kelahiran kepada peserta. Peserta juga dibawa ke program lawatan sambil belajar ke pusat penyembelihan PDS abattoir sdn bhd Kg Batang Mitus, Tutong. Acara lawatan dimulakan dengan peninjauan ke kilang pemprosesan daging-daging, menyaksikan demonstrasi penyembelihan beberapa ekor lembu, proses pemotongannya dan akhir sekali dibawa untuk melawat ke tapak ternakan PDS abattoir sdn bhd bagi melihat proses penternakan binatang sembelihan dan bergambar ramai. Tujuan bengkel ini diadakan adalah sebagai persediaan kepada peserta bagi menyambut perayaan aidiladha secara rohani dan jasmani.

Bengkel selama 4 hari itu di akhiri dengan majlis penutup bengkel yang diserikan dengan penyampaian sijil kepada peserta-peserta bengkel oleh Yang Mulia Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin, Guru Ugama TUDB dan acara ditutup dengan bacaan Doa Selamat.