RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 14 July 2023 - In conjunction with the 77th birthday celebration of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, the Royal Brunei Air Force (RBAirF) held a Thanksgiving Ceremony at Surau Al-Barakah Rimba Air Force Base (Rimba AFB).
The ceremony began with a recitation of Al-Quran verses from Surah Al-Mulk, verses 1 to 11 by Private (U) Muhammad Nabih bin Haji Ibrahim from 236 Squadron, No. 2 Wing, Operations Group, RBAirF. The event followed by a mass Maghrib and Isya’ prayers, Sunat Hajat Prayers and the recital of Surah Yassin, Tahlil, and finally Doa Kesyukuran. Present during the event was Colonel (U) Hishamuddin bin Abidin, Acting Deputy Commander of RBAirF. Also, in attendance were Senior Officers, Officers and personnel of the RBAirF.
This thanksgiving ceremony is a nationwide event held in all mosques and surau across the country as the nation shows their gratitude and pray for the well-being and safety of His Majesty and the country.

MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MUI’ZZADDIN WADDAULAH, SULTAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE-77 TAHUN
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Juma’at, 14 Julai 2023 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran Sempena Meraikan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-77 tahun bertempat di Surau Al-Barakah Pangkalan Tentera Udara Rimba (PTU Rimba).
Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Quran Surah Al-Mulk ayat 1 hingga 11 yang dibacakan oleh Soldadu (U) Muhammad Nabih bin Haji Ibrahim dari Skuadron 236, Cawangan No. 2, Kumpulan Gerakan, TUDB. Majlis diikuti dengan sembahyang Fardhu Maghrib dan Isya’ berjemaah, Sembahyang Sunat Hajat dan seterusnya membaca Surah Yassin, Tahlil serta Doa Kesyukuran.
Hadir pada majlis tersebut ialah Kolonel (U) Hishamuddin bin Abidin, Pemangku Timbalan Pemerintah TUDB. Turut hadir ialah Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai serta anggota-anggota TUDB.
Majlis Doa Kesyukuran sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang ke-77 tahun ini adalah salah satu majlis yang disambut di semua surau dan masjid di seluruh negara sebagai tanda menjunjung kasih dan memohon bagi kesejahteraan dan keselamatan terhadap raja dan negara.
