RIMBA AIR FORCE BASE, Tuesday, 18 July 2023 – Royal Brunei Air Force (RBAirF) held an event to mark the New Islamic Year 1445H with a mass prayer and recitation of
Doa Akhir dan Awal Tahun Hijrah at Surau Al-Barakah, Rimba Air Force Base (Rimba AFB) today.
The event commenced with the recitation of
Doa Akhir Tahun Hijrah 1444H followed by a mass Maghrib Prayer, the recitation of
Doa Awal Tahun 1445H, the recital of
Surah Yaasin and concluded with a mass Isya’ prayer led by Imam Muhammad Fathurrahman bin Hj Metali, Imam of Surau Al-Barakah.
Present during the event was Colonel (U) Hishamuddin bin Abidin, Acting Deputy Commander, RBAirF. Also in attendance were RBAirF’s Board of Executives, Senior Officers, Officers, Airmen and public congregants for the welcoming of the Islamic Ilal Hijrah 1445H celebration.
May the arrival of the New Year 1445H bring mercy and blessings from Allah Subhanahu Wa Ta’ala to us all.


TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI MERAIKAN MAJLIS SAMBUTAN ILAL HIJRAH 1445H
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Selasa, 18 Julai 2023 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1445H dengan mengadakan sembahyang berjemaah dan bacaan Doa Akhir dan Awal Tahun Hijrah di Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba (PTU Rimba) pada hari ini.
Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1445H tersebut dimulakan dengan bacaan Doa Akhir Tahun 1444H dan diteruskan dengan menunaikan Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah dan seterusnya membaca Doa Awal Tahun 1445H. Majlis diteruskan dengan sembahyang sunat hajat, membaca Surah Yaasin dan menunaikan Sembahyang Fardu Isya berjemaah yang dipimpin oleh Muhammad Fathurrahman Bin Hj Metali, Imam Surau Al-Barakah.
Majlis tersebut juga telah dihadiri oleh Kolonel (U) Hishamuddin bin Abidin, Pemangku Timbalan Pemerintah TUDB. Turut hadir bersama ialah Badan Eksekutif TUDB, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai serta anggota-anggota TUDB dan orang ramai yang turut hadir sama-sama menyemarakkan lagi sambutan Ilal Hijrah 1445H.
Semoga kita akan mendapat manfaat darinya dan semoga kedatangan Tahun Baru 1445H ini akan membawa rahmat dan berkat dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala kepada kita semua.
