​​KAMPONG TANAH JAMBU, Thursday, 20 July 2023 – The Annual Royal Brunei Air Force (RBAirF) Flight Safety Day has announced the award winners for the Head of Aviation Safety Excellence Award,  Flight Safety Poster and Video Competition 2023. The Excellence Award was presented in recognition of the teams’ aviation safety excellence in planning and execution within the challenging theatre of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) 62nd Anniversary. The posters and videos were deliberated according to content, message delivery and creativity from a panel of judges.

The Head of Aviation Safety Excellence Award was presented to the RBAirF Flypast Formation Team, Ground Coordinator Team, Ground Aircraft Static Display Team and the Airborne & Static Line Parachute Drop Team, comprised of personnel from No. 1 Wing and No. 3 Wing, RBAirF.

The Flight Safety Video Competition 2023 winner was awarded to 51 Squadron, No. 5 Wing, RBAirF, while 52 Squadron, No. 5 Wing, RBAirF was placed as first and second runner up. Meanwhile, the winner for the Flight Safety Competition was awarded to 52 Squadron, No. 5 Wing, RBAirF. The first runner up for this competition went to 73 Squadron, No. 7 Wing, RBAirF and in third place was 52 Squadron, No. 5 Wing, RBAirF.

RBAirF would like to congratulate all the award and competition winners on their achievements.


HARI KESELAMATAN PENERBANGAN TUDB 2023 – ANUGERAH KECERMELANGAN KESELAMATAN HEAD OF SAFETY AVIATION, PERTANDINGAN POSTER DAN VIDEO KESELAMATAN PENERBANGAN


KAMPONG TANAH JAMBU, Khamis, 20 Julai 2023 – Hari Keselamatan Penerbangan Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengumumkan penerima Anugerah Kecermelangan Keselamatan
Head of Safety Aviation dan pemenang bagi Pertandingan Poster serta Video Keselamatan Penerbangan 2023. Anugerah Kecermelangan tersebut dianugerahkan atas pencapaian menunjukkan kecermelangan dalam keselamatan penerbangan dalam perancangan dan perlaksanaan operasi semasa acara Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Ke-62. Manakala, Poster dan Video tersebut telah dinilai mengikut kandungan, penyampaian mesej dan kreativiti daripada panel hakim.

Anugerah Kecermelangan Keselamatan
Head of Safety Aviation telah dianugerahkan kepada Pasukan Terbang Lalu, Pasukan
Ground Coordinator, Pasukan Pameran Statik Keupayaan Udara dan Pasukan Penerjunan
Airborne & Static Line yang terdiri daripada pegawai dan anggota dari Cawangan No. 1 dan Cawangan No. 3, TUDB.

Pemenang Pertandingan Video Keselamatan Penerbangan 2023 dianugerahkan kepada Skuadron 51, Cawangan No. 5, TUDB, manakala Skuadron 52, Cawangan No. 5, TUDB disandang sebagai naib juara dan pemenang di tempat ketiga. Manakala, pemenang Pertandingan Keselamatan Penerbangan telah dianugerahkan kepada  Skuadron 52, Cawangan No. 5, TUDB. Naib johan bagi pertandingan ini disandang Skuadron 73, Cawangan No. 7, TUDB dan tempat ketiga ialah Skuadron 52, Cawangan No. 5, TUDB.

TUDB ingin merakamkan ucapan tahniah kepada penerima-penerima anugerah dan pemenang-pemenang pertandingan atas pencapaian mereka.