RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 21 July 2023 - The Operations Group of Royal Brunei Air Force (RBAirF) held a Promotion Ceremony for 23 personnel from the Operations Group consisting of 10 Senior Non-Commissioned Officers and 13 Junior Non-Commissioned Officers.

Present as the Guest of Honor was Colonel (U) Hishamuddin bin Abidin, Commander of the Operations Group of Royal Brunei Air Force (RBAirF). In attendance were the Commanding Officers from Operations Group, Officers, Sergeant Majors of the Operations Group, Wing Sergeant Majors of the Operations Group and family of promoted personnel.

This promotion is a recognition of the personnel's contributions to the RBAirF and Royal Brunei Armed Forces (RBAF) in general. Their merits and upholding of the core values, discipline and performance are also taken into account. RBAirF congratulates all the newly promoted SNCOs and JNCOs.





MAJLIS KENAIKKAN PANGKAT BAGI 23 ANGGOTA PEGAWAI TIDAK BERTAULIAH

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Juma’at, 21 Julai 2023 - Cawangan Kumpulan Gerakan, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Majlis Kenaikan Pangkat bagi 23 Anggota Kumpulan Gerakan yang terdiri dari 10 Anggota Pegawai Tidak Bertauliah Kanan (PTB Kanan) dan 13 Anggota Pegawai Tidak Bertauliah Rendah (PTB Rendah).

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Kolonel (U) Hishamuddin bin Abidin, Pegawai Pemerintah Kumpulan Gerakan Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB). Turut hadir ialah Pegawai-pegawai Pemerintah Cawangan Kumpulan Gerakan, Pegawai-pegawai, Sarjan Mejar Kumpulan Gerakan, Sarjan Mejar Cawangan-cawangan Kumpulan Gerakan dan ahli keluarga anggota yang dinaikkan pangkat.

Kenaikan pangkat ini adalah sebagai penghargaan terhadap sumbangan anggota-anggota tersebut kepada TUDB dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Jasa dan penegakkan nilal-nilai teras, disiplin dan juga prestasi bertugas merupakan aspek-aspek penting yang dipertimbangkan. Pihak TUDB ingin merakamkan ucapan setinggi tahniah kepada kesemua PTB-PTB Kanan dan Rendah yang telah dinaikkan pangkat.