RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 17 August 2023
– Officers from No. 2 Wing and No. 3 Wing hosted a ‘fireside chat’ with Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, the RBAirF Commander at the Air Movement Centre (AMC), Rimba Air Force Base (Rimba AFB). The session was moderated by Captain (U) Muhammad Radzi bin Haji Amin, provided a lively platform for officers to engage in relaxed and informal discussions covering a wide range of topics.
During the session, officers were given the opportunity to openly converse about any matters they wish directly to the RBAirF Commander. The officers also had the privilege of gaining direct insights into strategic-level decision-making and the art of leading teams in high-pressure environment.
The RBAirF Commander delved into a wide range of topics, including the challenges of balancing tactical and strategic thinking, career progression, the importance of adaptability in dynamic situations, and the Commander’s personal philosophy on motivating and guiding teams towards success.
The intent of this fireside chat is to offer stimulating and enlightening sessions that ignite discussions and nurture progress across a range of domains within the Royal Brunei Air Force.


PEGAWAI-PEGAWAI TUDB MENGHADIRI SESI ‘FIRESIDE CHAT’ BERSAMA PEMERINTAH TUDB
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Juma’at, 17 Ogos 2023 – Pegawai dari Cawangan No. 2 dan Cawangan No. 3 mengadakan
‘Fireside Chat’ bersama Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah TUDB di Pusat Pergerakan Udara (AMC), Pangkalan Tentera Udara Rimba (PTU Rimba). Sesi itu dikendalikan oleh Kapten (U) Muhammad Radzi bin Haji Amin, sesi ini merupakan platform untuk pegawai terlibat dalam perbincangan santai dan tidak formal yang merangkumi pelbagai topik.
Semasa sesi itu, pegawai diberi peluang untuk berinteraksi secara terbuka tentang perkara yang ingin diketahui kepada Pemerintah TUDB. Pegawai-pegawai juga berpeluang untuk mendengar secara langsung mengenai
decision-making di peringkat strategik dan gaya kepimpinan dalam persekitaran yang mempunyai tekanan yang tinggi.
Pemerintah TUDB menyentuh pelbagai topik termasuk cabaran untuk mengimbangi di antara pemikiran taktikal dan strategik, kemajuan kerjaya, keupayaan menyesuaikan diri dalam situasi dinamik dan falsafah peribadi Pemerintah dalam memotivasi dan membimbing pasukan ke arah kejayaan.
‘Fireside Chat” bertujuan untuk menggalakkan pemikiran dan informatif yang menggalakkan perbualan dan memupuk perkembangan dalam pelbagai bidang dalam Tentera Udara Diraja Brunei.