​​RIMBA AIR FORCE BASE. Thursday, 31 August 2023 – No. 2 Wing, Operations Group, Royal Brunei Air Force (RBAirF) held a Thanksgiving Ceremony in conjunction with their 40 years of Air Defence establishment in RBAirF.

Air Defence was first founded on 1 September 1983, as Air Defence Battery, and then on 25 March 1995, it changed its name to Air Defence Squadron. The Air Regiment was established on 4 January 1999, with the absorption of the Air Defence Unit, namely Squadron 33 and Squadron 38, as well as the Base Defence Squadron. In 2017, No. 2 Wing was formerly known as the Air Regiment until 2017, when it was renamed No. 2 Wing under Operation Group, RBAirF.

The ceremony took place at
Surau Al-Barakah, Rimba Air Force Base, with the mass Maghrib prayer, recital of
Surah Yassin, Tahlil, and a Thanksgiving
Doa recital led by Muhammad Fathurrahman bin Hj Metali, the Imam of Surau Al-Barakah. The ceremony concluded with the mass Isya’ prayer. In the same manner, contingent in this year’s 27th Bilateral Exercise AIRGUARD held a similar version of the event held at Chong Pang Camp, Republic of Singapore.

The Thanksgiving Ceremony was held to express gratitude for all their achievements in teamwork and service, striving towards excellence.


MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA MENYAMBUT HARI ULANG TAHUN PENUBUHAN PERTAHANAN UDARA KE-40

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Khamis, 31 Ogos 2023 – Cawangan No. 2, Kumpulan Gerakan, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Penubuhan Pertahanan Udara yang ke-40.

Permulaan penubuhan Pertahanan Udara adalah pada 1 September 1983 sebagai Bateri Pertahanan Udara, kemudian pada 25 Mac 1995 ianya ditukar namanya kepada Skuadron Pertahanan Udara. Rejimen Udara telah ditubuhkan pada 4 Januari 1999, dan terkandung dalamnya adalah Unit Pertahanan Udara iaitu Skuadron 233 dan Skuadron 238 serta Skuadron Pertahanan Pangkalan. Pada tahun 2017, Cawangan No. 2 merupakan Rejimen Udara yang dahulunya dikenali sehingga pada 2017, nama unit ditukar menjadi Cawangan No.2 dibawah Kumpulan Gerakan, TUDB.

Majlis Doa Kesyukuran berlangsung di Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba bermula dengan Solat Fardhu Maghrib berjemaah, disusuli dengan bacaan Surah Yassin dan Tahlil serta bacaan Doa Kesyukuran yang diketuai oleh Muhammad Fathurrahman bin Hj Metali, Imam Surau Al-Barakah. Majlis diakhiri dengan Solat Fardhu Isya’ berjemaah. Sehubungan dengan itu, anggota yang terlibat dalam Latihan Dua Hala Eksesais Airguard kali ke-27 juga meluangkan masa untuk mengadakan Majlis tersebut di Chong Pang Kem, Republik Singapura.

Majlis Doa Kesyukuran ini diadakan bagi merakamkan rasa kesyukuran diatas semua pencapaian mereka atas kerja berpasukan dan khidmat bakti ke arah kecemerlangan.