RIMBA AIR FORCE BASE, Thursday, 14 September 2023 – Exercise Pacific Angel (Ex PACANGEL) 23-3 has been under way since 11 September 2023 and has seen multiple concurrent activities conducted involving officers and personnel from Royal Brunei Air Force (RBAirF) and United States Pacific Air Forces (US PACAF).

The flying training conducted during the exercise oversaw joint flights conducted with the HH-60G and Blackhawk S70i for maritime and jungle rescue operations, which included demonstration of Helicopter Air to Air Refuelling. The C-17 and HC-130J of the US PACAF also conducted static line airborne and freefall drops of Parachute Air Tactical Delivery Unit (PATDU), 31 Squadron, No. 3 Wing, RBAirF and Guardian Angel personnel into water and land drop zones.​

Ground training consisted of Subject Matter Expert Exchanges (SMEEs) on rescue operations, jungle operations, extrication from vehicle, base defense anti-riot demonstration as well as aircraft maintenance. A medical symposium was also conducted with involvement from RIPAS Hospital, JPMC, EMAS and Shell SAV. Personnel Recovery and Rescue Coordination Centre TTX was also conducted which included participation from multinational facilitators from RSAF, RMAF, TNI-AU, RAAF and RAF. ​

The training and flying conducted was a culmination of months of intricate planning by personnel from both organisations, and the successful conduct of all ground and flying training events are a testament to the expertise and professionalism of the airmen and airwomen involved in Ex PACANGEL 23-3.

 

EKSESAIS PACIFIC ANGEL 23-3

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Khamis, 14 September 2023 – Latihan Pacific Angel (Ex PACANGEL) 23-3 telah dijalankan sejak 11 September 2023 dan telah menyaksikan pelbagai aktiviti serentak  melibatkan pegawai dan anggota dari Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dan United States Pacific Air Force (US PACAF).

Latihan penerbangan yang dilaksanakan semasa latihan itu termasuk penerbangan bersama HH-60G dan S70i untuk operasi menyelamat di kawasan maritim dan termasuk demonstrasi
Helicopter Air to Air Refuelling. Pesawat C-17 dan HC-130J US PACAF juga menjalankan penerbangan bagi latihan terjun payung secara
Freefall dan
Static Line bagi anggota PATDU, Skuadron 31, Cawangan No. 3, TUDB dan Guardian Angels di kawasan perairan dan darat.

Latihan lain yang dijalankan termasuk
Subject Matter Expert Exchanges (SMEEs) mengenai operasi menyelamat, operasi hutan, pengeluaran mangsa terperangkap dalam kenderaan, pertahanan pangkalan dengan demonstrasi anti-rusuhan,serta pemeliharaan pesawat udara. Simposium perubatan turut dijalankan dengan penglibatan daripada Hospital RIPAS, JPMC, EMAS dan Shell SAV.
Personnel Recovery and Rescue Coordination Centre TTX turut dijalankan yang merangkumi penyertaan daripada fasilitator luar negara dari RSAF, TUDM, TNI-AU, RAAF dan RAF.

Latihan dan penerbangan yang dijalankan adalah hasil dari perancangan rapi yang telah dilaksanakan oleh anggota dari kedua-dua organisasi, dan kejayaan dalam menjalankan eksesais ini adalah bukti kepakaran dan profesionalisme yang ada pada semua yang terlibat dalam Ex PACANGEL 23-3.