RIMBA AIR FORCE BASE, Saturday, 16 September 2023 – As an expression of gratitude and love to Prophet Muhammad (PBUH) and to seek blessing from Allah Subahanhu Wa Ta’ala, Royal Brunei Air Force (RBAirF) held the opening for Dikir Maulud 1445H to commemorate the birth of Prophet Muhammad (PBUH). The event which was organised by Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Religious Department (JAMMA’AT) held concurrently in all Suraus of Royal Brunei Armed Forces (RBAF) garrisons, bases and camps.
Present at the event at Surau Al-Barakah, Rimba Air Force Base (Rimba AFB), was Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Acting Commander of RBAirF. Also in attendance were Senior Officers, Officers and RBAirF Personnel.
The Dikir Maulud commenced with mass Maghrib Prayers followed by a
Tazkirah, the recital of
Sayyidul Istighfar and Surah Nabawiyah. The event then continued with
Dikir As-salammualaika,
Dikir Bisyahrin, Dikir Alhamdulillah followed by mass Isya’ Prayers,
Selawat Badriyah, Dikir Dibaie, Dikir Marhaban, Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam, Selawat Qiam, Surah Al-‘Asr, Tasbih Kaffarah and
Doa Kedua Ibu Bapa. The Dikir Maulud will be held continuously for 12 nights at all RBAF Suraus.




TUDB ADAKAN MAJIS PEMBUKAAN DIKIR MAULUD BAGI TAHUN 1445H
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Sabtu 16 September 2023 – Dalam menzahirkan rasa syukur dan kasih terhadap junjungan besar Nabi Muhammad Sallalahu ‘Alaihi Wassallam serta memohon ganjaran pahala serta syafaat Baginda, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan malam pembukaan Majlis Dikir Maulud bagi memperingati kelahiran junjungan besar Baginda Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Majlis ini dikelolakan oleh Jabatan Agama (JAAM’AT) secara serentak di semua surau garrison, pangkalan dan perkhemahan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).
Hadir pada majlis tersebut ialah Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Pemangku Pemerintah TUDB. Turut hadir bagi memeriahkan pada acara tersebut ialah Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai serta anggota-anggota TUDB.
Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah diikuti dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Nabawiyah. Majlis diteruskan dengan Dikir As-salammualaika, Dikir Bisyahrin, Dikir Alhamdulillah, Sembahyang Fardhu Isyak berjemaah, Selawat Badriyah, Dikir Dibaie, Dikir Marhaban, Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam, Selawat Qiam dan diakhiri dengan Surah Al-‘Asr, Tasbih Kaffarah dan Doa Kedua Ibubapa. Seperti lazimnya, Dikir Maulud tersebut akan dilaksanakan selama dua belas malam berturut-turut di seluruh surau-surau perkhemahan ABDB.