KAMPONG BUKIT PANGGAL, Wednesday, 27 September 2023 – 25 personnel from No. 2 Wing, Royal Brunei Air Force (RBAirF) conducted an educational visit to the Prison Department, Ministry of Home Affairs in Kampong Bukit Panggal. The visit was organised by the No. 2 Wing, led by Lieutenant (U) Hj Mohd Nur Zul Zainul Abidin bin Hj Wan Zulaini, No. 2 Wing, RBAirF.

Upon arrival, the delegation was welcomed by Sergeant Siti Habibah binti Hj Mahbub, Civilian Public Relation and International affairs Officer, Prison Department. The visit began with the recitation of
Surah Al-Fatihah, followed by a presentation and demonstration illustrating their procedures involving inmates. Subsequently, the delegation received an overview of the prison department and its various divisions. The visit concluded with a question and answer session, the presentation of a token of gratitude to the prison department, and a group photograph.

This visit aims to enable the No. 2 Wing personnel to enhance their awareness of how the Prison Department works and improve their knowledge.

 


LAWATAN CAWANGAN NO. 2, TUDB KE JABATAN PENJARA

KAMPONG BUKIT PANGGAL, Rabu, 27 September 2023 – Seramai 25 anggota daripada Cawangan No. 2, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah membuat lawatan sambil belajar ke Jabatan Penjara, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kampong Bukit Panggal. Lawatan ini telah dikendalikan oleh Cawangan No. 2 yang diketuai oleh Leftenan (U) Haji Mohd Nur Zul Zainul Abidin bin Hj Wan Zulaini, Cawangan No. 2, TUDB.

Rombongan telah disambut oleh Sarjan Siti Habibah binti Hj Mahbub, Pegawai Perhubungan Awam dan Hal Ehwal Antarabangsa, Jabatan Penjara. Lawatan bermula dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan persembahan dan demonstrasi yang menggambarkan prosedur mereka yang melibatkan banduan. Selepas itu, delegasi diberikan gambaran keseluruhan tentang jabatan penjara dan beberapa bahagian dalam organisasi tersebut. Lawatan diakhiri dengan sesi soal jawab, penyampaian cenderamata sebagai tanda penghargaan kepada jabatan penjara, dan gambar bersama.

Lawatan ini bertujuan untuk membolehkan anggota Cawangan No. 2 meningkatkan kesedaran mereka tentang pekerjaan di dalam penjara dan meningkatkan lagi pengetahuan mereka mengenainya.