RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 17 November 2023 – The closing ceremony and certificate presentation for The Jungle Rescue Team (JRT) course 2023 session was held at Ground Training Hall, 31 Squadron No.3 Wing, Royal Brunei Air Force (RBAirF), Rimba Air Force Base (Rimba AFB.)

A total of 13 course participants, 4 personnel from 36 Squadron (Signaller) and 9 personnel from 31 Squadron (PATDU) have successfully completed their basic and advanced JRT course. The ceremony started with a recitation of Surah Al-Fatihah and then continued with the presentation of certificates to course participants by Captain Ali Saufi bin Hj Ali Safian, the Officer Commanding of 31 Squadron. Also present were invited officers and other ranks.

JRT is one of the main tasks for 31 Squadron supported by the signallers and medical personnel. This course has not only produced skilled and qualified JRT personnel but it is also to ensure the level of readiness and professionalism in carrying out the duties of JRT can be monitored and developed progressively. Additionally, it is also to ensure jungle rescue operations can be carried out effectively according to the operational standards set. The ceremony concluded with the recitation of doa and a group photo session.


PENUTUP KURSUS ASAS DAN LANJUTAN PASUKAN PENYELAMAT HUTAN SESI 2023

 PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Jumaat, 17 November 2023 – Majlis penutup dan penyampaian sijil kursus bagi Kursus Pasukan Penyelamat Hutan sesi 2023 telah diadakan di
Ground Training, Skuadron 31 Cawangan No. 3, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Pangkalan Tentera Udara Rimba (PTU Rimba).

Seramai 13 anggota peserta kursus, 4 anggota daripada Skuadron 36 (Semboyan) dan 9 anggota daripada Skuadron 31 (UPTPUT) telah berjaya menamatkan kursus asas dan lanjutan Pasukan Penyelamat Hutan. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan seterusnya penyampaian sijil kepada peserta kursus oleh Kapten Ali Saufi bin Hj Ali Safian, Pegawai Memerintah Skuadron 31. Turut hadir adalah para pegawai jemputan dan anggota lain-lain peringkat.

Pasukan Penyelamat Hutan adalah merupakan salah satu tugas utama bagi Skuadron 31 yang dibantu oleh ahli Semboyan dan Perubatan. Kursus ini bukan sahaja telah menghasilkan Pasukan Penyelamat Hutan yang mahir dan berkelayakan tapi ianya juga bagi memastikan tahap kesediaan dan profesionalisme dalam menjalankan tugas Pasukan Penyelamat Hutan sentiasa dipantau dan dikembangkan secara progresif. Selain itu, ia juga bagi memastikan operasi menyelamat hutan dapat dilaksanakan dengan sempurna mengikut piawaian operasi yang telah ditetapkan. Majlis diakhiri dengan bacaan doa dan sesi bergambar ramai.

​​