RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 29 December 2023 – A successful static display took place at Hangar B, Rimba Air Force Base (Rimba AFB). Open for five days during the third and fourth weeks of December 2023, this family-oriented static exhibition provided an overview of RBAirF to family members. It displayed different Royal Brunei Air Force (RBAirF) assets from various Wings, including the S70i Blackhawk and CN235 from No. 1 Wing, MISTRAL from No. 2 Wing, the Parachute Air Tactical Delivery Unit (PATDU) and firefighter equipment from No. 3 Wing, as well as variety of RBAirF uniforms from No. 4 Wing.

This initiative is part of RBAirF’s efforts to generate interest and acquaint RBAirF family members with the capabilities of the unit as well as to introduce the scope of work of their family members serving in the RBAirF. It aims to inspire potential future RBAirF personnel among the family members.


TUDB MENGADAKAN PAMERAN STATIK HARI KELUARGA TERBUKA UNTUK KAUM KELUARGA TUDB

PANGKALAN UDARA RIMBA, Jumaat, 29 Disember 2023 – Satu pameran statik telah berjaya diadakan di Hangar B, Pangkalan Tentera Udara Rimba (PTU Rimba). Pameran ini dibukakan kepada ahli keluarga anggota Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) selama lima hari pada minggu ketiga dan keempat bulan Disember 2023. Dengan adanya pameran statik ini, ianya bertumpuan kepada keluarga anggota TUDB dalam memberikan gambaran keseluruhan unit tersebut. Semasa pameran tersebut, beberapa aset TUDB telah dipaparkan iaitu termasuk Pesawat Blackhawk S70i dan CN235 dari Cawangan No. 1, MISTRAL dari Cawangan No. 2, PATDU dan peralatan-peralatan bomba dari Cawangan No. 3 serta pelbagai pakaian seragam TUDB dari Cawangan No. 4.

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha TUDB untuk menjana minat dan mengenalkan ahli keluarga TUDB tentang unit tersebut serta memperkenalkan skop pekerjaan mereka yang berkhidmat di dalam TUDB. Ianya juga bertujuan bagi memberikan inspirasi kepada pelawat-pelawat yang berkeinginan untuk membina kerjaya bersama TUDB.