RIMBA AIR FORCE BASE,
Thursday, 25 January 2024 – A Promotion Ceremony was conducted at the No. 4 Wing Headquarters, Support Group, Royal Brunei Air Force (RBAirF). Eleven Junior Non-Commissioned Officers (JNCOs) of No. 4 Wing were promoted, comprising three Substantive Corporals, one Substantive Lance Corporal, and seven Acting Lance Corporals. The presentation of the rank insignia during the ceremony was carried out by Lieutenant Colonel (U) Pengiran Muhammad Farisan bin Pengiran Haji Metassan, the Commanding Officer of No. 4 Wing. Also in attendance at the ceremony were Officers and Senior Non-Commissioned Officers (SNCOs) of No. 4 Wing.
This promotion serves as recognition of the personnel’s contributions to the RBAirF and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), acknowledging their exemplary conduct and performance. Merits, adherence to core values, discipline, and overall performance were all considered in the promotion process. The Royal Brunei Air Force leadership extends heartfelt congratulations to all the newly promoted NCOs.

MAJLIS KENAIKAN PANGKAT BAGI SEBELAS ANGGOTA PTB RENDAH CAWANGAN NO. 4, KUMPULAN BANTU, TUDB.
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA,
Khamis, 25 Januari 2024 - Majlis Penyampaian Pangkat telah dilaksanakan di Markas cawangan No. 4, Kumpulan Bantu, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB). Sebelas anggota Pegawai Tidak Bertauliah (PTB) Rendah Cawangan No. 4 dinaikkan pangkat terdiri daripada tiga orang Koperal Tetap, seorang Lans Koperal Tetap dan tujuh orang Pemangku Lans Koperal. Penyampaian pangkat dilaksanakan oleh Leftenan Kolonel (U) Pengiran Muhammad Farisan bin Pengiran Haji Metassan, Pegawai Pemerintah Cawangan No. 4. Turut hadir ialah Pegawai-Pegawai dan PTB-PTB Kanan daripada anggota Cawangan No. 4.
Kenaikan pangkat ini adalah sebagai penghargaan terhadap sumbangan anggota-anggota tersebut kepada TUDB dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), mengambil maklum jasa dan perilaku mereka yang cemerlang. Penegakkan nilal-nilai teras, disiplin dan juga prestasi bertugas merupakan aspek-aspek penting yang dipertimbangkan. Pihak TUDB ingin merakamkan ucapan setinggi tahniah kepada kesemua PTB-PTB Rendah yang telah dinaikkan pangkat.
