RIMBA AIR FORCE BASE, Tuesday, 30 January 2024 – Royal Brunei Air Force (RBAirF) conducted the Inaugural Ideation Workshop RBAirF for two days, starting from 30 January to 31 January 2024, at the Air Movement Centre, Rimba Air Force Base (Rimba AFB). Present as the Guest of Honour for opening the event was Colonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Deputy Commander of RBAirF.
The event commenced with the recital of Surah Al-Fatihah led by Ustaz Pengiran Fakhrul Shakirin bin Pengiran Haji Zainuddin. The event was followed by the opening speech from the Guest of Honour and subsequently an overview brief by Lieutenant Colonel (U) Pengiran Muhammad Farisan bin Pengiran Haji Metassan, the Chairman of the event. The theme of this inaugural event is “Elevating the well-being of the Rimba Air Force Base.”
Participating during this event were 66 personnel, consisting of individuals from the Headquarters and respective wings of the RBAirF. The participants were divided into 6 syndicates guided by esteemed facilitators to get the best of ideation brainstorming session. All the syndicates are expected to present their findings from the brainstorming session to the Board of Executives, RBAirF.
The main objectives of the workshop are to better understand the needs RBAirF personnel and staff working in the base, to analyse the findings, to propose recommendations based on the findings, and to transform RBAirF into a truly conducive workplace that fosters an environment prioritising well-being, safety, and nurturing a vibrant culture of health and fitness.
This workshop involves personnel of all levels of ranks and different backgrounds, such as pilots, engineers, air regiments, logistics, administration, and staff, mixed in every syndicate. It is hoped that this workshop will become an effective platform that generates holistic and innovative ideas.



ACARA PEMBUKAAN BENGKEL IDEATION TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Selasa, 30 Januari 2024 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan buat pertama kali nya Bengkel
Ideation TUDB selama dua hari, bermula dari 30 Januari hingga 31 Januari 2024 bertempat di Pusat Pergerakan Udara, Pangkalan Tentera Udara Rimba (PTU Rimba). Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi pembukaan bengkel tersebut adalah Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Timbalan Pemerintah TUDB.
Acara pembukaan bengkel tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Ustaz Pengiran Fakhrul Shakirin bin Pengiran Haji Zainuddin, Guru Ugama TUDB. Acara disusuli dengan ucapan daripada Tetamu Kehormat dan diteruskan dengan taklimat daripada Leftenan Kolonel (U) Pengiran Muhammad Farisan bin Pengiran Haji Metassan, Pengerusi Bengkel
Ideation TUDB. Tema bagi bengkel tersebut adalah
“Meningkatkan Kesejahteraan Pangkalan Tentera Udara Diraja Brunei”.
Seramai 66 peserta mengikuti bengkel tersebut yang terdiri daripada anggota-anggota Markas dan Cawangan-Cawangan TUDB. Peserta-peserta dibahagikan kepada 6 sindiket. Setiap sidiket dibantu oleh dua orang fasilitator untuk memberi panduan kepada para peserta dalam menghasilkan idea yang kreatif dan inovatif. Setiap sindiket akan menyampaikan hasil dapatan daripada sesi sumbangsaran kepada Badan Eksekutif TUDB.
Objektif utama bengkel ini adalah untuk memahami dengan lebih terperinci keperluan anggota-anggota yang bertugas di PTU Rimba, mendapatkan cadangan yang terbaik dalam membuat transformasi Pangkalan untuk menjadi sebuah tempat kerja yang kondusif, termasuk kesejahteraan, keselamatan serta menanamkan suasana budaya kesihatan dan kecergasan.
Dengan melibatkan anggota-anggota dari semua peringkat dan latar belakang yang berbeza seperti juruterbang, jurutera, pakar logistik, dan staf dalam setiap sindiket, bengkel ini diharap menjadi satu landasan dalam menghasilkan cadangan idea yang bernas dan holistik.

