​​RIMBA AIR FORCE BASE, Thursday, 01 February 2024 – No. 5 Wing, Royal Brunei Air Force (RBAirF) today held a promotion ceremony for 07 Junior Non-Commissioned Officers (NCOs) consisting of 03 Substantive Corporals, 01 Acting Corporal and 03 Acting Lance Corporals from Headquarters and Squadrons of No. 5 Wing, RBAirF.

Present as the Guest of Honour was Lieutenant Colonel (U) Pengiran Haji Mohamed Khairul Arifin bin Pengiran Haji Mohamad Salleh, the Commanding Officer of No. 5 Wing, RBAirF whom also presented the rank insignias to the promoted personnel. Also present during the ceremony were the Officers, Senior Non-Commissioned Officers and Junior Non-Commissioned Officers of No.5 Wing, RBAirF.

The promotion ceremony is in recognition of the personnels’ contributions, hard work and dedication to RBAirF and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF). The RBAirF would like to congratulate all promoted non-commissioned officers of No. 5 Wing.


MAJLIS KENAIKAN PANGKAT BAGI 07 ANGGOTA PTB RENDAH CAWANGAN NO. 5, TUDB​

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Khamis, 01 Februari 2024 – Cawangan No. 5, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Majlis Kenaikan Pangkat bagi 07 orang anggota Pegawai Tidak Bertauliah (PTB) Rendah Cawangan No. 5, TUDB, yang terdiri daripada 03 orang Koperal Tetap, seorang Pemangku Koperal dan 03 orang Pemangku Lans Koperal daripada Markas dan Skuadron-skuadron Cawangan No. 5, TUDB.

Hadir selaku Tetamu Kehormat pada majlis tersebut ialah Leftenan Kolonel (U) Pengiran Haji Mohamed Khairul Arifin bin Pengiran Haji Mohamad Salleh, Pegawai Pemerintah Cawangan No. 5, TUDB yang telah menyampaikan lencana pangkat kepada anggota-anggota yang telah dinaikkan pangkat. Turut hadir adalah Pegawai-pegawai, PTB-PTB Kanan dan PTB-PTB Rendah dari Cawangan No. 5, TUDB.

Kenaikan pangkat ini adalah sebagai tanda penghargaan terhadap segala sumbangan, kegigihan dan dedikasi anggota-anggota tersebut kepada TUDB dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Pihak TUDB ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada kesemua anggota yang telah dinaikkan pangkat.