RIMBA AIR FORCE BASE, Saturday, 24 February 2024 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) held a religious event to mark Nisfu Sya’ban for 1445 Hijrah at Surau Al-Barakah, Rimba Air Force Base (Rimba AFB).
Present was Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Commander of the RBAirF. Also present were RBAirF Board of Executives, Senior Officers, Officers, acting RBAirF Sergeant Major, and RBAirF personnel together with civilian congregants.
The event commenced with Fardhu Maghrib Prayer followed by Sunat Hajat Prayer. The event continued with three recitations of Surah Yaasin and
Doa Khusus to mark Nisfu Sya’ban led by Yazid bin Haji Johari,
Bilal Surau Al-Barakah. The event concluded with Fardhu Isya’ Prayer, recitation of dua and
Selawat Qiam.
The event aims to encourage the RBAirF personnel to improve their deeds, and seek forgiveness and blessings of Allah Subhanahu wa Ta’ala during
Nisfu Sya’ban, which is a night full of blessings with prosperity to all Muslims.


TUDB MENGADAKAN MAJLIS KEUGAMAAN SEMPENA MALAM NISFU SYA’BAN 1445H
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Sabtu, 24 Februari 2024 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Majlis Keugamaan sempena menyambut Malam Nisfu Sya’ban 1445 Hijrah bertempat di Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba (PTU Rimba).
Hadir pada majlis tersebut ialah Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah TUDB. Turut hadir ialah Badan Eksekutif TUDB, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai, Pemangku Sarjan Mejar TUDB, anggota-anggota TUDB beserta jemaah awam.
Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah dan diteruskan dengan Sembahyang Sunat Hajat. Majlis diteruskan lagi dengan bacaan surah Yassin sebanyak tiga kali serta bacaan Doa Khusus sempena Malam Nisfu Sya’ban yang diketuai oleh Yazid bin Haji Johari, Bilal Surau Al-Barakah. Majlis diakhiri dengan Sembahyang Fardhu Isya’ berjemaah, bacaan doa dan Selawat Qiam.
Majlis tersebut bertujuan untuk menggalakkan warga TUDB untuk meningkatkan amal soleh mereka, memohon keampunan dan keredhaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala pada Malam Nisfu Sya’ban iaitu malam yang penuh keberkatan dan keistimewaan bagi umat Islam seluruhnya.
