​RIMBA AIR FORCE BASE, Wednesday, 28 February 2024 – The 10th LATMA ELANG BRUNESIA 2024 Initial Planning Conference (IPC) between Royal Brunei Air Force (RBAirF) and Tentara Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI AU) was held at the Air Movement Centre, Rimba Air Force Base (Rimba AFB) from 27 – 28 February 2024.


The IPC meeting was co-chaired by Lieutenant Colonel (U) Mohd Anwar Shah bin Haji Napiah, Commanding Officer No. 3 Wing, Operations Group, RBAirF and Lieutenant Colonel Pas Alpin Jonggi Lumban Tobing, Mid Level Officer for Training Plan, Headquarter Staff of Operations.


The conference facilitated the discussion and the exchange of views as well as the coordination and planning for the upcoming LATMA ELANG BRUNESIA X/2024 Field Training Exercise (FTX) that is scheduled to be held in August this year, hosted by TNI AU. The main objective of the exercise is to assess the level of interoperability between TNI AU and RBAirF through the exchange of skills and experiences and at the same time identifying best practices that will help to improve the effectiveness and efficiency of operations. The exercise is also expected to foster the longstanding strong relationship between TNI AU and RBAirF.


PERSIDANGAN PERANCANGAN AWAL LATMA ELANG BRUNESIA KE-10

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Rabu, 28 Februari 2024 – Persidangan Perancangan Awal (IPC) LATMA ELANG BRUNESIA ke-10 tahun 2024 telah diadakan diantara Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dan Tentara Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI AU) dari 27 hingga 28 Februari 2024 bertempat di Pangkalan Tentera Udara Rimba (PTU Rimba).

Persidangan tersebut telah dipengerusikan bersama oleh Leftenan Kolonel (U) Mohd Anwar Shah bin Haji Napiah, Pegawai Pemerintah Cawangan No. 3, Kumpulan Gerakan TUDB dan Leftenan Kolonel Pas Alpin Jonggi Lumban Tobing, Pegawai Latihan Staf Operasi Angkatan Udara.

Persidangan tersebut memudahkan perbincangan dan pertukaran pandangan mengenai
Field Training Exercise (FTX) bagi LATMA ELANG BRUNESIA X/2024 yang dijadualkan diadakan pada bulan Ogos tahun ini, dihoskan oleh TNI AU. Objektif utama eksesais tersebut adalah untuk menilai tahap kesalingoperasian antara TNI AU dan TUDB melalui pertukaran kemahiran dan pengalaman serta mengenal pasti amalan terbaik untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan anggota dalam menjalankan operasi Pertukaran itu dijangka akan meningkatkan lagi hubungan kukuh yang lama terjalin antara TNI AU dan TUDB.