BERAKAS GARISON, Friday, 14 April 2023 – No. 2 Wing, Operations Group, Royal Brunei Air Force (RBAirF) conducted a 4-day Air Defence course from 11 to 14 April 2023, at Berakas Garison and Bukit Agok Firing Range for 22 personnel from 233 Squadron, 236 Squadron, 520 Squadron of No. 2 Wing, and 77 Squadron of No. 7 Wing, RBAirF.
The 4-day course covered various syllabus and topics for the drone jamming system, which included theory lessons and practicals for the operator and maintainer of the system.
A closing ceremony was held on the last day and commenced with a speech from the Guest of Honour, Lieutenant Colonel (U) Amierul Halpi bin Talip, Commanding Officer of No. 2 Wing, RBAirF. Course certificates were then presented to all participants a plaque presentation by the Commanding Officer of No. 2 Wing to the instructors as a token of appreciation. The course concluded with a group photo session.

LATIHAN PERTAHANAN UDARA BAGI ANGGOTA TUDB
BERAKAS GARISON, Juma’at, 14 April 2023 – Cawangan No. 2, Kumpulan Gerakan, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) mengadakan Kursus Pertahanan Udara selama 4 hari dari 11 hingga 14 April 2023, di Berakas Garison dan Padang Tembak Bukit Agok. Kursus ini dihadiri oleh 22 anggota yang terdiri dari Skuadron 233, Skuadron 236, Skuadron 520 dari Cawangan No. 2 dan Skuadron 77 dari Cawangan No. 7, TUDB.
Kursus selama 4 hari itu merangkumi pelbagai sukatan pelajaran dan topik untuk system jamming dron, yang mengandungi pelajaran teori dan praktikal untuk pengendali dan penyelenggara sistem.
Majlis penutup kursus telah diadakan pada hari terakhir kursus dan dimulakan dengan ucapan penutup daripada Tetamu Kehormat Majlis Leftenan Kolonel (U) Amierul Halpi bin Talip, Pegawai Pemerintah Cawangan No. 2, TUDB kepada peserta-peserta kursus. Seterusnya, majlis disusuli dengan penyampaian plak sebagai tanda perhargaan kepada jurulatih-jurulatih dan diakhiri dengan sesi bergambar ramai.


