Brunei Muara. Selasa, 6 Jun 2017 - Anggota No 2 Wing Kumpulan Gerakan TUDB telah berkerjasama bergotong-royong melakukan aktiviti amal membersihkan tanah perkuburan orang – orang Islam di Tanah Perkuburan Kampung Mulaut, Tanah Perkuburan Sungai Besar dan Tanah Perkuburan Kampung Pangkalan Batu sempena menyambut Hari Ulang Tahun ABDB yang ke 56 tahun.

Seramai 106 Anggota No 2 Wing yang terlibat dalam Aktiviti ini yang diketuai oleh Mej (U) Amierul Halpi bin Talip, Pegawai Memerintah Skuadron 238, No 2 Wing. Aktiviti membersih kubur diikuti dengan bacaan Surah Yassin, Tahlil dan Doa Arwah.

Aktiviti seumpama ini dapat mengingati dan mendoakan kepada mereka yang telah pergi terlebih dahulu meninggalkan kita ke Rahmatullah. Disamping itu dapat juga memupuk sifat kerjasama dan amal kebajikan bagi Anggota No 2 Wing Kumpulan Gerakan TUDB sempena bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini.



Brunei Muara. Tuesday, 6 June 2017 - In conjunction with the 56th Royal Brunei Armed Forces Anniversary, No 2 Wing Ops Group RBAirF personnel carried out cemetery cleaning campaigns concurrently at Kampung Mulaut cemetery, Kampung Sungai Besar cemetery and Kampung Pangkalan Batu cemetery.

106 personnels involved in the activity coordinated by Mej (U) Amierul Halpi, Officer Commanding of 238 Squadron, No 2 Wing. In addition to cleaning cemetery, they held a recitation of Surah Yassin, Tahlil and Doa Arwah.

Such activity aimed to reminisce the people whom had passed away and at the same time strengthen the ties between the personnels of No 2 Wing Ops Group RBAirF in the holy month of Ramadhan.