BANDAR SERI BEGAWAN, Saturday, 15 July 2023 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) achieved a significant milestone with an all female crew leading the formation flypast for His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam’s 77th Birthday Celebration at Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.
The 07 Blackhawk S70-i helicopter formation was led by Major (U) Dayangku Nurazriana binti Pengiran Hassanan, Captain (U) Norasiah binti Hussin, Lance Corporal (U) Nur Aina Amanina binti Kamis and Lance Corporal (U) Khairunnizah binti Abu Hassan. This flypast highlights the female aviators in RBAirF, and the boundless opportunities that reflect the RBAirF’s commitment to female inclusivity.
This achievement hopes to inspire future generations of female aviators in the military to pursue flying, a profession full of challenges but always accompanied with honour.

JURUTERBANG SERTA ANAK BUAH PESAWAT WANITA TUDB MENGETUAI TERBANG LALU PESAWAT SEMPENA SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN KDYMM KE-77
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 15 Julai 2023 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mencapai satu kejayaan yang penting kerana buat julung kalinya terbang lalu pesawat sempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-77 tahun di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien telah diketuai oleh juruterbang serta anak buah pesawat wanita.
Terbang lalu yang terdiri daripada 07 buah pesawat Blackhawk S70-i diketuai oleh Mejar U) Dayangku Nurazriana binti Pengiran Hassanan, Kapten (U) Norasiah binti Hussin, Lans Koperal (U) Nur Aina Amanina binti Kamis dan Lans Koperal (U) Khairunnizah binti Abu Hassan. Terbang lalu kali ini mengetengahkan juruterbang serta anak buah pesawat wanita di dalam TUDB, sekaligus menggambarkan komitmen TUDB dalam penglibatan wanita dengan peluang yang sentiasa berkembang.
Dengan pencapaian ini, ianya diharap akan memberi inspirasi bagi juruterbang serta anak buah pesawat wanita di masa akan datang untuk menceburi penerbangan tentera, tugasan yang penuh dengan dugaan, akan tetapi sentiasa diiringi penghormatan.