RIMBA AIR FORCE BASE, Thursday 12 September 2024 – Established on 12 September 1997, 15 and 55 Squadron – formerly known as 5 Squadron – celebrates its 27th Anniversary with the new ‘reliable workhorse’ C295MW aircraft added into the squadron earlier this year.

The event brought together both squadrons on this historic day to celebrate the establishment of 5 Squadron after the CN235-110M aircraft landed in Bruneian soil in 1997. It began with a photo session of personnel from both 15 Squadron and 55 Squadron, capturing nostalgic recreations of past photos with the updated C295MW aircraft. The visual comparison of past and present photos highlights the remarkable progress of both squadrons over the years. To conclude the memorable occasion, the event was graced with a heartfelt recital of
Doa Kesyukuran by 52530 Pte (U) Mohd Iqbal Hibatullah@Hilal bin Md Rusyidi.

Transitioning from the CN235-110M to the C295MW, 15 squadron has revised its primary roles from Maritime Surveillance, Troop and Cargo Transport and Search and Locate, to Strategic and Tactical Lift with Search and Rescue as its secondary roles. Looking ahead, the squadron is fully committed to further enhancing its abilities to effectively address the evolving needs of both the organisation and the nation, following the squadron motto – “Always 100%”.


“Always 100%”
:
27 Tahun Penubuhan 15 Skuadron dan 55 Skuadron

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Khamis 12 September 2024 – Tertubuh pada 12 September 1997, 15 Skuadron dan 55 Skuadron, yang dulu dikenali sebagai 5 Skuadron, meraikan ulang tahun ke 27 pada tahun ini dengan sedikit keistimewaan bersama pesawat C295MW.

Acara tersebut telah menghimpunkan kedua-dua skuadron bagi mengingati dan meraikan hari penubuhan skuadron tersebut setelah ketibaan pesawat CN235-110M di Negara Brunei Darussalam pada tahun 1997. Acara dimulakan dengan sesi bergambar bagi anggota 15 Skuadron dan 55 Skuadron dimana gambar nostalgia yang pernah diambil dahulu direka semula dengan bergambar bersama C295MW. Perbandingan visual ini telah menunjukkan kemajuan yang telah dicapai oleh kedua-dua skuadron dari tahun ke tahun. Sebagai penutup, acara tersebut diakhiri dengan bacaan Doa Kesyukuran oleh 52530 Sld (U) Mohd Iqbal Hibatullah@Hilal bin Md Rusyidi.

Dengan transisi dari CN235-110M ke C295MW, 15 skuadron telah menyemak semula peranan utamanya iaitu daripada Rondaan Maritim, Mencari dan Mengenal Pasti, dan Pengangkutan Anggota dan Kargo kepada Pengangkutan Strategik, Taktikal serta Mencari dan Menyelamat. Dengan usia mencapai 27 tahun, skuadron ini akan terus komited untuk sentiasa meningkatkan lagi keupayaannya dalam memenuhi keperluan organisasi dan negara yang sentiasa berkembang, sesuai dengan moto skuadron tersebut – “Always 100%”.