​Emperor’s Court Restaurant, Manggis Mall, Sunday, 13 March 2022 – The Wives Association of Royal Brunei Air Force (RBAirF BAKTI) held an appreciation and farewell celebration for the former Head of BAKTI RBAF, Yang Mulia Datin Dr Hjh Anita Binurul Zahrina binti Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia Hj Abdul Aziz, wife of former Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Major General (Ret) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, at the Emperor’s Court Restaurant in Manggis Mall. Also present were the BAKTI heads and members of BAKTI RBAirF from Bolkiah Garrison, Training Institute and RBAirF itself.

The ceremony started with the recitation of Doa Selamat prayers by Siti Nurulyani binti Morini. The ceremony then commenced with a speech by the Head of RBAirF BAKTI, Yang Mulia Datin Noraidah binti Hj Ibrahim. In her speech, she expressed appreciation to Yang Mulia Datin for the guidance provided and leadership that she showed throughout her tenure not only as Head of BAKTI, but also in her previous roles as BAKTI Head of Bolkiah Garrison and RBAirF. She also reflected on the strong bond and camaraderie that Yang Mulia Datin inculcated in the BAKTI members. This was then followed by a memento presentation, a speech by Yang Mulia Datin and refreshments before an interactive session followed between the former head of BAKTI and the BAKTI members present.

The ceremony was concluded with a closing doa prayer. Yang Mulia Datin’s husband handed over the leadership of the RBAF to his successor, Yang Mulia Major General Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan on 1 March 2022. The ceremony was held in accordance to the COVID-19 guidelines and SOP from the Ministry of Health.



MAJLIS PENGHARGAAN DAN MERAIKAN PERPISAHAN MANTAN YDP BAKTI

Restoran Emperor’s Court, Manggis Mall, Ahad 13 Mac 2022 – Persatuan Badan Kebajikan Isteri-Isteri Tentera Udara Diraja Brunei (BAKTI TUDB) telah mengadakan Majlis Penghargaan dan Meraikan Perpisahan bagi Mantan Yang Dipertua BAKTI, Yang Mulia Datin Dr Hjh Anita Binurul Zahrina bte Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia Hj Abdul Aziz, isteri kepada mantan Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) Yang Mulia Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, yang bertempat di Restoran Emperor’s Court, Manggis Mall. Turut hadir adalah ketua-ketua cawangan dan ahli-ahli BAKTI TUDB dari Bolkiah Garison, Institut Latihan dan Tentera Udara Diraja Brunei.

Acara dimulakan dengan bacaan Doa Selamat oleh Siti Nurulyani binti Morini. Acara kemudian diikuti dengan ucapan dari Ketua Cawangan BAKTI TUDB, Yang Mulia Datin Noraidah binti Hj Ibrahim. Dalam ucapan tersebut, beliau merakamkan penghargaan kepada Yang Mulia Datin di atas bimbingan yang diberikan serta kepimpinan yang ditunjukkannya bukan sahaja semasa bergelar sebagai YDP BAKTI tetapi juga semasa beliau mengetuai BAKTI Bolkiah Garison dan BAKTI Tentera Udara. Beliau juga menyatakan tentang ikatan yang kukuh yang terjalin di antara ahli-ahli BAKTI yang diterapkan oleh Yang Mulia Datin. Ini diikuti dengan penyampaian cenderahati, ucapan dari Yang Mulia Datin, jamuan dan seterusnya sesi ramah mesra di antara Yang Mulia Datin dengan ahli-ahli BAKTI yang hadir.

Acara diakhiri dengan  bacaan doa penutup. Suami kepada Yang Mulia Datin telah menyerahkan tampuk kepimpinan ABDB kepada Yang Mulia Mejar Jeneral Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan pada 1 Mac 2022. Acara tersebut dikendalikan selaras dengan SOP dan garispanduan COVID-19 daripada Kementerian Kesihatan.