RIMBA AIR FORCE BASE, Sunday, 05 February 2023 – The RBAirF Wives’ Welfare Association (RBAirF BAKTI) held its first committee meeting for 2023 at Bubut Conference Room, RBAirF Headquarters, at Rimba Air Force Base (Rimba AFB).
Present was Datin Noraidah binti Haji Ibrahim, the Head of RBAirF BAKTI. In attendance were the committee members of RBAirF BAKTI.
The meeting session began with the recitation of Surah Al-Fatihah and welcoming remarks by the Head of RBAirF BAKTI. The agenda discussed in the meeting was RBAirF BAKTI’s fund, planned activities, and improvements in the administrative planning for 2023. The session concluded with a presentation of gifts and letters of appreciation presented to the RBAirF BAKTI committee members of 2021-2023 and an announcement of new RBAirF BAKTI committee members for 2023-2025.


MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA BAKTI TUDB 1/2023
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Ahad, 05 Februari 2023 – Persatuan Badan Kebajikan Isteri-Isteri Tentera Udara Diraja Brunei (BAKTI TUDB) telah mengadakan mesyuarat pertama mereka bagi tahun 2023 di Bilik Mesyuarat Bubut, Markas TUDB, Pangkalan Tentera Udara Rimba (PTU Rimba).
Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Datin Noraidah binti Haji Ibrahim, Ketua Cawangan BAKTI TUDB. Turut hadir ialah ahli-ahli jawatankuasa BAKTI TUDB.
Sesi mesyuarat dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan kata-kata aluan dari Ketua Cawangan BAKTI TUDB. Antara agenda-agenda yang dibincangkan ialah laporan kewangan BAKTI TUDB, perancangan akitviti-aktiviti BAKTI TUDB di sepanjang tahun 2023 dan hal-hal bagi mengemaskinikan pentadbiran BAKTI TUDB. Acara diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan surat penghargaan kepada ahli-ahli jawatankuasa 2021-2023 dan pengumuman ahli-ahli jawatankuasa baru bagi sesi tahun 2023 -2025.