​​CAMDEN, AUSTRALIA, Friday, 16 February 2024 – 05 Royal Brunei Air Force (RBAirF) Student Pilots from 73 Squadron, No.7 Wing successfully completed their Basic and Intermediate Fixed Wing Pilot Training Course at Air Combat Australia (ACA), Camden, Australia. Lieutenant (U) Norfariz bin Awang Sayang, Lieutenant (U) Sheikh Md Wafiq bin Sheikh Mansor, Lieutenant (U) Tengku Putra Muhd Alif Izzat bin Tengku Putra Muhd Harris Fadzillah, Lieutenant (U) Muhammad Hafiy bin Hassan and Lieutenant (U) Muhd Nabil Arif bin Dato Paduka Haji Mohd Shahminan successfully completed the aforementioned course in a span of ten months.​

This course is the first step undertaken by a student pilot in pursuit of gaining basic and intermediate aviation knowledge, developing necessary aeronautical skills in critical flights and execution of general flight operations as well as decision-making skills and airmanship.​

The basic flying course comprises of six weeks of ground school and flying exercises. The ground theory highlights the knowledge in aircraft performance and systems, aerodynamics, meteorology and navigation in depth. The flying exercises commenced immediately after the theory phase ended which encompasses basic aircraft controls, and general handling of the aircraft with some lessons on simulated emergencies, circuits, navigation exercises, aerobatics, formation and solo flights of 20.5 flying hours. The intermediate flying course began in October 2023 which consists of night flying and instrument flight rules (IFR) procedures. The aircraft used for the entirety of the course were CT4E with a total of 160 flying hours clocked in by each student pilot. On the successful completion of the basic and intermediate course, the student pilots will continue their advanced course on either multi-engine or rotary aircraft.


PENUTUP KURSUS LATIHAN PENERBANGAN ASAS DAN

INTERMEDIATE

CAMDEN, AUSTRALIA, Juma’at, 16 Februari 2024 – Seramai 05 pelatih juruterbang Tentera Udara Diraja Brunei telah berjaya menamatkan   kursus   Latihan   Penerbangan   Asas dan
Intermediate di
Air Combat Australia (ACA), Camden, Australia. Leftenan (U) Norfariz bin Awang Sayang, Leftenan (U) Sheikh Md Wafiq bin Sheikh Mansor,  Leftenan (U) Tengku Putra Muhd Alif Izzat bin Tengku Putra Muhd Harris Fadzillah, Leftenan (U) Muhammad Hafiy bin Hassan and Leftenan (U) Muhd Nabil Arif bin Dato Paduka Haji Mohd Shahminan telah menamatkan kursus tersebut dalam masa sepuluh bulan.

Kursus ini merupakan langkah pertama bagi setiap pelatih juruterbang bagi memperolehi pengetahuan asas dalam penerbangan dan bagi membangunkan kemahiran aeronautik yang diperlukan dalam penerbangan kritikal dan pelaksanaan operasi penerbangan am serta kemahiran dalam membuat keputusan dan ‘airmanship’.​

Kursus Latihan Penerbangan Asas ini terbahagi kepada kelas teori selama enam minggu diikuti dengan latihan penerbangan. Kelas teori merangkumi subjek seperti kepentingan prestasi pesawat dan sistem-sistemnya, aerodinamik, meteorologi dan navigasi secara mendalam. Latihan Penerbangan Asas dimulakan dengan latihan asas pesawat, latihan kecemasan, latihan penerbangan litar, latihan navigasi, latihan aerobatik, latihan
formation dan penerbangan secara solo yang merangkumi sebanyak 20.5 jam penerbangan. Latihan Penerbangan
Intermediate bermula pada Oktober 2023 yang terdiri daripada penerbangan dalam keadaan malam dan latihan prosedur peraturan penerbangan
instrument (IFR). Pesawat yang digunakan untuk keseluruhan kursus tersebut adalah tiga buah CT4E di mana sejumlah 160 jam penerbangan telah dilaksanakan oleh setiap pelatih juruterbang dalam tempoh sepuluh bulan. Dengan penamatan kursus asas tersebut, pelatih-pelatih juruterbang tersebut akan meneruskan lagi latihan mereka dengan kursus penerbangan lanjutan.