RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 19 August 2022 – 04 Student Pilots undergoing the Basic Helicopter Course 50 (BHC 50) at 73 Squadron, No. 7 Wing, Royal Brunei Air Force (RBAirF), have successfully completed their first Solo Flight aboard the Bell 206B JetRanger III between 11 to 19 August 2022. As part of the Flying Training Squadron tradition, Student pilots who have undergone their first solo flight will receive a congratulatory hose down by their Officer in Command as well their Qualified Flying Instructors (QHI) on the coveted ‘Solo Chair’.
After completing their Basic Flying Training (BFT) in Australia, the student pilots were selected to continue their flying training on the Basic Helicopter Course (BHC) locally. During the initial BHC training, students are taught basic rotary-wing skills and emergency handling which include practice forced landings. These sorties then lead up to a handling check and first solo flight.
Students will undergo months of training to develop their basic skills into more applied techniques such as air navigation, low-level flying, instrument flying as well as night flying. The first solo flight is an accomplishment that pilots will remember for a long time. It can boost confidence in them in order to move on to the next phase of training.


PENERBANGAN SOLO BAGI PELATIH JURUTERBANG KURSUS ASAS HELIKOPTER 50
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Juma’at, 19 Ogos 2022 - 04 pelatih Juruterbang dari Kursus Asas Helikopter 50(BHC 50), Skuadron 73, Cawangan No.7, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), telah berjaya menjalankan Penerbangan Solo Pertama mereka menggunakan Bell 206B JetRanger III pada 11 hingga 19 Ogos 2022. Sebagai sebahagian daripada tradisi Skuadron Latihan Terbang, pelatih juruterbang yang telah menjalani penerbangan solo pertama akan menerima siraman air sebagai ucapan tahniah oleh Pegawai Memerintah dan Qualified Flying Instructors (QHI) mereka di atas ‘Kerusi Solo’ yang diidamkan.
Selepas menamatkan Latihan Asas Terbang (BFT) di Australia, mereka telah dipilih untuk meneruskan latihan mereka dalam Kursus Asas Helikopter (BHC). Semasa latihan awal BHC mereka diajarkan kemahiran asas rotary-wing dan cara pengendalian pesawat sewaktu kecemasan termasuk pendaratan kecemasan. Semua latihan-latihan tersebut akan meluluskan mereka untuk melakukan handling check dan penerbangan solo pertama.
Pelajar akan menjalani latihan selama berbulan-bulan untuk mengembangkan lagi kemahiran asas mereka kepada teknik yang lebih mendalam seperti navigasi udara, penerbangan aras rendah, penerbangan instrument serta terbang malam. Penerbangan solo pertama adalah pencapaian yang akan diingati oleh juruterbang sepanjang hidupnya. Ia boleh meningkatkan lagi keyakinan dalam diri mereka yang diperlukan untuk meneruskan ke fasa latihan seterusnya.

