RIMBA AIR FORCE BASE, Wednesday, 05 June 2024 – In conjunction with the Royal Brunei Air Force (RBAirF) 58th anniversary, a blood donation drive was conducted at Dewan Punai, Rimba Air Force Base. The event was organised in collaboration with staff from the Blood Donation Centre at RIPAS Hospital.
The blood donation drive aimed to support the National Blood Bank and to cultivate a charitable attitude and a sense of social responsibility among RBAirF personnel. A total of 74 RBAirF personnel, comprising Officers and Other Ranks from various RBAirF units and squadrons, participated in the drive.
Personnel who wish to participate in future blood donation are encouraged to book blood donation slots through the BloodKad application or contact the Blood Donation Centre at 2242424, extension 5745. Alternatively, they can WhatsApp 8775745 or 7375745, or email blood-bank@moh.gov.bn. For updates, follow them on Instagram and Facebook @bloodbank.ripas.


KEMPEN DERMA DARAH BERSEMPENA HARI ULANG TAHUN TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI KE-58
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Rabu, 05 Jun 2024 – Bersempena dengan Sambutan Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) ke-58 satu kempen derma darah telahpun diadakan di Dewan Punai, Pangkalan Tentera Udara Rimba. Acara ini dikendalikan dengan kerjasama daripada kakitangan Pusat Pendermaan Darah, Hospital RIPAS.
Kempen derma darah ini bertujuan untuk menyokong usaha Bank Darah Kebangsaan dan memupuk sikap menderma serta tanggungjawab sosial dalam kalangan anggota-anggota TUDB. Seramai 74 orang anggota TUDB, terdiri daripada Pegawai-Pegawai dan Lain-Lain Peringkat dari pelbagai unit dan skuadron TUDB telah mengambil bahagian dalam kempen ini.
Mana-mana anggota yang ingin menyertai kempen derma darah pada masa akan datang digalakkan untuk menempah slot derma darah melalui aplikasi BloodKad atau menghubungi Pusat Pendermaan Darah di talian 2242424, sambungan 5745. Sebagai alternatif, mereka juga boleh menghubungi melalui WhatsApp ke talian 8775745 atau 7375745, atau melalui emel ke blood-bank@moh.gov.bn. Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti mereka di Instagram dan Facebook di @bloodbank.ripas.
