Labuan, Malaysia, 22nd October 2015 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) and Royal Malaysian Air Force (RMAF) has successfully completed and achieved all the objectives of 11th Bilateral Training specializing in search and rescue codenamed SAREX MALBRU. Both Air Forces had shown a great deal of cooperation in providing assistance to search and rescue mission. Apart from enhancing better understanding and co-operation as well as capability in areas of Search and Rescue, it has enhanced goodwill and friendship between the two Air Forces. 
 
A total of 80 personnel from both Brunei and Malaysian Air Forces took part in the three-day exercise which started on 20 October 2015 and completed on Thursday, 22 October 2015. Challenges and gaps from this exercise have been identified and will be improved for the betterment of future exercises.
The exercise was officially closed at Labuan Air Force Base by the Acting Chief of Staff Headquarters Air Region 2, Lt Col Effendy bin Jalani (TUDM) and witnessed by Lt Col (U) Haji ‘Abdur Rahim bin Haji ‘Abdul Karim, Rimba Airbase Commander of Royal Brunei Air Force. Also present was Lt Col (U) Abdul Rahman bin Haji Durahman, as the chairman and director of Joint Force Training SAREX MALBRU 11/2015, and other senior officers of the two Air Forces. Royal Brunei Air Force will host the next SAREX MALBRU in Brunei Darussalam.
LATIHAN SAREX MALBRU KE 11 BERAKHIR
Labuan, Malaysia, 22 Oktober 2015 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah berjaya mencapai semua objektif Latihan Dua Hala ke-11 SAREX MALBRU dalam mencari dan menyelamat. Kedua-dua Tentera Udara telah menunjukkan kerjasama yang baik dalam sama-sama memberikan bantuan kepada gerakan mencari dan menyelamat. Latihan ini disamping meningkatkan kesefahaman dan kerjasama serta keupayaan kedua-dua Tentera Udara dalam gerakan mencari dan menyelamat, ianya juga mengeratkan silaturrahim di antara TUDB dan TUDM.


Seramai 80 kakitangan dari kedua-dua Tentera Udara telah mengambil bahagian dalam latihan tiga hari yang bermula dari 20hb Oktober 2015 dan berakhir pada hari Khamis 22hb Oktober 2015. Beberapa cabaran serta jurang telah dikenal pasti dan diberikan perhatian sepenuhnya untuk pembaikan dimasa akan datang.

Eksesais ini telah ditutup rasmi di Pangkalan Tentera Udara Labuan oleh Pemangku Ketua Staf Markas Wilayah Udara 2, Lt Kol Effendy bin Jalani (TUDM) dan disaksikan oleh Lt Kol (U) Haji ‘Abdur Rahim bin Haji Abdul Karim, Pemerintah Pangkalan Tentera Udara Rimba TUDB. Juga turut hadir dimajlis tersebut adalah Lt Kol (U) Abdul Rahman bin Haji Durahman, selaku Pengerusi dan Pengarah Latihan Angkatan Bersama SAREX MALBRU 11/2015 dan pegawai-pegawai kanan dikedua belah pihak. Latihan seterusnya akan di hoskan oleh Tentera Udara Diraja Brunei di Negara Brunei Darussalam.