RIMBA AIR FORCE BASE, Thursday, 06 August 2026 – A group comprising 116 students and 13 teachers from Cahaya Bina Insan School undertook an educational visit to the Royal Brunei Air Force (RBAirF).
The group was warmly welcomed by Sergeant (Udara) Muhammad Riwandi bin Haji Latip, who subsequently delivered a briefing introducing the students to the organisation, roles, and capabilities of the RBAirF. The briefing was followed by a static display showcasing selected current assets and equipment of the RBAirF. Throughout the visit, the students had the opportunity to interact directly with RBAirF personnel and gain valuable insights into the roles and responsibilities of its personnel, while experiencing firsthand the various assets and equipment on display.
The visit provided a meaningful platform for the students to broaden their understanding of the RBAirF and gain greater appreciation of its contributions to the nation’s defence and security. It was also aimed to inspire the students and cultivate their interest in pursuing future careers within the Royal Brunei Armed Forces.


LAWATAN SAMBIL BELAJAR BAGI SEKOLAH CAHAYA BINA INSAN KE TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Khamis, 06 Ogos 2026 – Rombongan yang terdiri daripada 116 orang pelajar dan 13 guru dari Sekolah Cahaya Bina Insan telah membuat lawatan sambil belajar ke Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB).
Rombongan tersebut telah dialu-alukan oleh Sarjan (Udara) Muhammad Riwandi bin Haji Latip, yang seterusnya menyampaikan taklimat kepada para pelajar mengenai organisasi, peranan dan keupayaan TUDB. Taklimat tersebut diikuti dengan pameran statik yang mempamerkan beberapa aset dan peralatan semasa TUDB. Sepanjang lawatan, para pelajar berpeluang berinteraksi secara langsung dengan anggota TUDB serta memperoleh pengetahuan dan pemahaman yang lebih mendalam mengenai peranan dan tanggungjawab TUDB, di samping berkesempatan melihat serta merasai sendiri pengalaman berinteraksi dengan pelbagai aset dan peralatan yang dipamerkan.
Lawatan tersebut menjadi satu platform yang bermakna bagi para pelajar untuk meluaskan pengetahuan dan pemahaman mereka mengenai TUDB, di samping meningkatkan penghargaan terhadap sumbangan TUDB dalam mempertahankan keselamatan negara. Lawatan ini turut bertujuan untuk memberi inspirasi kepada para pelajar serta menyemai minat mereka untuk menceburi kerjaya dalam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) di masa hadapan.
