​RIMBA AIR FORCE BASE, Thursday, 13 February 2025
– The Closing Ceremony for twelve participants of the  Basic Clerk Course Serial 2/2024 at Punai Hall, Rimba Air Force Base, marks the culmination of equipping RBAirF clerks in clerical and administrative proficiency.

Major (U) Mohd Qamarularifin bin Haji Ramli, Squadron Commander of 82 Squadron, No. 8 Wing, Training Group graced the event by presenting the course certificates to the graduates and delivered his remarks highlighting the importance of administrative clerical responsibilities. RBAirF officers, senior non-commissioned officers from 82 Squadron, the Chief Clerk of RBAirF Headquarters and invited guests attended to witness the event.

In recognition of outstanding performance, Private (U) Muhd Azraei Khairi Najiy bin Junaidi from No. 2 Wing was awarded Best Overall Student and Best Practical Student. Meanwhile, Private (U) Mohd Zulfahmi bin Hj Amir Hamzah from Operations Group Headquarters was acknowledged as Best Academic Student and Best Typing Skills award recipient.

The ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah and verses 100 to 106 of Surah At-Taubah, led by Private (U) Awangku Muhd Shamrul Syazani bin Pengiran Rossham. This was followed by a speech delivered by Private (U) Pengiran Riduan bin Pengiran Hamdani, representing the course participants. .

The event concluded with a closing prayer  led by Private (U) Mohd Fauzan Al-Fatin bin Md Elmy, Assistant Religious Troop, Surau Al-Barakah. RBAirF would like to congratulate all course participants on the completion of the course and award winners on their outstanding achievements.


MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN PENUTUP KURSUS KERANI ASAS SIRI2/2024


PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Khamis, 13 Februari 2025 – Majlis Penutup bagi dua belas peserta Kursus Kerani Asas Siri 2/2024 di Dewan Punai, Pangkalan Tentera Udara Rimba menandakan penyempurnaan latihan bagi melengkapkan para kerani Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dengan kecekapan dalam bidang kerani dan pentadbiran.

Mejar (U) Mohd Qamarularifin bin Haji Ramli, Pegawai Memerintah Skuadron 82, Cawangan No. 8, Kumpulan Latihan telah menyempurnakan majlis dengan menyampaikan sijil kursus kepada para peserta serta menyampaikan ucapan yang menekankan kepentingan tanggungjawab dalam bidang kerani pentadbiran. Turut hadir menyaksikan majlis ialah Pegawai-pegawai, PTB-PTB kanan dari Skuadron 82, Ketua Kerani Markas TUDB serta para jemputan.

Sebagai pengiktirafan atas prestasi cemerlang, Soldadu (U) Muhd Azraei Khairi Najiy bin Junaidi dari Cawangan No. 2 telah dianugerahkan Pelajar Terbaik Keseluruhan dan Pelajar Terbaik Praktikal. Sementara itu, Soldadu (U) Mohd Zulfahmi bin Hj Amir Hamzah dari Markas Kumpulan Gerakan telah dianugerahkan sebagai Pelajar Terbaik Akademik dan penerima Penuntut Terbaik Menaip.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan bacaan ayat 100 hingga 106 Surah At-Taubah yang dipimpin oleh Soldadu (U) Awangku Muhd Shamrul Syazani bin Pengiran Rossham. Seterusnya, ucapan mewakili peserta kursus telah disampaikan oleh Soldadu (U) Pengiran Riduan bin Pengiran Hamdani.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa penutup yang dipimpin oleh Soldadu (U) Mohd Fauzan Al-Fatin bin Md Elmy, Pembantu Medan Agama, Surau Al-Barakah. TUDB mengucapkan tahniah kepada semua peserta kursus atas kejayaan menamatkan kursus serta kepada penerima anugerah atas pencapaian cemerlang mereka.