
RIMBA, Friday 17 Mac 2017 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, the Minister of Defence and the Supreme Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), consented to award the Royal Brunei Air Force (RBAirF) Honorary Pilot Wing to Chief of Staff of Indonesian Air Force, Air Chief Marshal Hadi Tjahjanto. This is in recognition for his service in advancing the ties between the RBAirF and Indonesia Air Force.
The award was presented by Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, the Commander of RBAF at the RBAirF Base.
Air Chief Marshal Hadi Tjahjanto took over the post as the Chief of Staff of Indonesian Air Force on 18 January 2017. Whilst in Brunei Darussalam, he also paid introductory calls to the Deputy Minister of Defence First Admiral (Rtd) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, the Commander of RBAF and his counterpart, Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah.




KEPALA STAF TNI-AU DIANUGERAHKAN LENCANA JURUTERBANG KEHORMAT
RIMBA, Jumaat 17 Mac 2017 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) berkenan menganugerahkan Lencana Juruterbang Kehormat Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) kepada Kepala Staf Angkatan Udara Tentara Nasional Indonesia-Angkatan Udara (KASAU TNI-AU), Marsekal TNI Hadi Tjahjanto. Penghargaan ini adalah sebagai pengiktirafan keatas jasa perkhidmatan beliau dalam mengeratkan lagi perhubungan di antara TUDB dan TNI-AU.
Penganugerahan Lencana Juruterbang Kehormat TUDB yang berlangsung di Pangkalan TUDB Rimba telah disempurnakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).
Marsekal TNI Hadi Tjahjanto mengambil alih tugas sebagai KASAU TNI-AU pada 18 Januari 2017. Semasa berada di negara ini, program beliau termasuk mengadakan kunjungan-kunjungan hormat pengenalan kepada Pemerintah ABDB, Timbalan Menteri Pertahanan, dan rakan sejawat beliau, Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah.