BERAKAS, Friday, 31 July 2026 – The closing ceremony for the Basic Radar Course 03/2026 was hosted by 75 Squadron, No. 7 Wing, Training Group, Royal Brunei Air Force (RBAirF). The two-week course, which ran from 20 to 31 July 2026, was attended by five participants from 255 Squadron, No. 2 Wing.

Major (Udara) Nurul Jannah binti Abdullah, Acting Squadron Commander of 75 Squadron, officiated the event as the Guest of Honour. Also in attendance were Officers, Course Instructors, and invited guests. The proceedings commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah, followed by a speech from the Guest of Honour, the presentation of certificates to the participants, and a closing prayer recitation.

The Basic Radar Course aims to provide participants with a comprehensive understanding of fundamental radar principles, techniques, and applications. The curriculum equips personnel with essential capabilities required for effective airspace surveillance and national defence. The successful completion of this course reflects the RBAirF’s ongoing commitment to the continuous professional development of its personnel, enhancing collective readiness to respond to evolving challenges in airspace management.

MAJLIS PENUTUP BAGI KURSUS BASIC RADAR 03/2026

BERAKAS, Jumaat, 31 Julai 2026 – Majlis penutup bagi Kursus Basic Radar Asas 03/2026 telah dikendalikan oleh Skuadron 75, Cawangan No. 7, Kumpulan Latihan, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB). Kursus selama dua minggu yang bermula dari 20 hingga 31 Julai 2026 ini telah dihadiri oleh lima orang peserta dari Skuadron 255, Cawangan No. 2.

Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi merasmikan majlis tersebut ialah Mejar (Udara) Nurul Jannah binti Abdullah, Pemangku Pegawai Memerintah Skuadron 75. Turut hadir ialah Pegawai-pegawai, Jurulatih Kursus, serta para jemputan. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan ucapan daripada Tetamu Kehormat, penyampaian sijil kepada para peserta kursus, dan diakhiri dengan bacaan doa penutup.

Kursus Basic Radar ini bertujuan untuk memberikan kefahaman kepada para peserta mengenai prinsip, teknik, dan aplikasi asas radar. Kurikulum kursus ini melengkapi anggota dengan kemahiran penting yang diperlukan bagi pengawasan ruang udara dan pertahanan nasional yang berkesan. Kejayaan penutupan kursus ini mencerminkan komitmen berterusan TUDB terhadap pembangunan profesional warga anggotanya, sekali gus meningkatkan kesiapsiagaan kolektif untuk bertindak balas secara berkesan terhadap cabaran yang sentiasa berkembang dalam pengurusan ruang udara.